Khamis, 26 Januari 2012

MISI TERJAH AIR TERJUN LUBUK BIRU

Ahad dan Isnin lepas we all buat terjah ke Tanjung Gading dalam 9 orang. Tempat biasa la santai dengan hasil lumayan. Tahap nak makan boleh termuntah wa cakap lu. Sebelah malam lagi dasyat wooo...Re paling lumayan dengan tangkapan saiz yang besar2. Boleh buat habuan untuk family yang berkunjung, dapat merasa raja ikan.

Tapi....wa cakap lu aaaaa...... misi terjah Air Terjun Lubuk Biru lagi power dan paling teruja. Jarak dari kem 45 minit jalan kaki. Lu tengok sendiri le air terjun ni. Ada 3 lubuk kolam aier terjun. Di dalamnya spesis 'king' yang bersaiz 1/2 kilo ke atas.



Apa pun juara ari tu Man Syifu le. Yang ni le Air Terjun Lubuk Biru. (2 jam setengah kalu berjalan kaki dari UK.


Apa pun juara ari tu Man Syifu le.


dan yang ini pertarungan yang agak lama.
Wa malas la nak ulas banyak2,.... lu all tengok sendiri la ye..
..


Ok bulan Februari dan Mac ada dua kali misi ke Gunung Bubu. So kali ni terjahan dengan umpan yang paling canggih pasti menggegarkan Air Terjhun Lubuk Biru....ADIOSSSS...

Rabu, 4 Januari 2012

CABARAN 4X4 BANDING


XPDC Cabaran 4x4 to Sg Kedah Banding seperti berikut:

Tarikh: 22 Januari 2012 ( Bertolak dari K.Kangsar jam 9.00 pg)
Berkumpul di Restoran Kak Bitah (Railway)
Kelengkapan peribadi.
Balik jam 3.30 ptg. Isnin 23 Januari 2012.
Sila maklum /sms untuk keterangan lanjut.

Rabu, 28 Disember 2011

XPDC BERAKIT SUNGAI PELUS 2011

Sekali lagi GRB.Com mengadakan XPDC Cabaran Berakit Sungai Pelus pada jarak laluan sejauh 25 km dalam tempoh lapan jam, melalui laluan sungai yang dalam dan deras, banyak berliku dan berjeram berlangsung baru-baru ni. Ia bermula dari Kg. orang asli Kuala Chenein ke Pasir Kandang Kg. Jawang. GRB.Com terdiri dari 11 orang dan team Kelab Rekreasi Gamuda 5 orang.

Wa tabik kat bro ni...dengan ciptaan compressor mpengepam angin untuk tiub pelampung...cayalah...


2nd cheff sibuk dengan persediaan peralatan memasak.


"2 jurutera" bahagian tali sedang bertungkus lumus menyediakan tali pengikat.


Gerakerja membina rakit. Bermula jam 4.30 petang siap pada jam 2.30 pg. dengan penggunaan 80 batang buluh, dan 30 biji pelampung besar.



Sessi taklimat dan persiapan sebelum berlepas.


"Rakit Kargo" mempunyai keistimewaan 9 biji pelampung dan berenjin Suzuki 2.2hp digunakan khusus membawa muatan makanan dan peralatan dengan jurumudi Man Syifu.


Sebahagian daripada para penduduk orang asli yang menghadiri sessi pelancaran xpdc berakit.



Tu dia boss Gamuda...haa... letih sakan le tu.... ni masa rehat makan tengahari.






Yesssss....dah sampai. XPDC penuh dengan cabaran dan ranjau...selama 8 jam.


Port baik punya. Jeti Pasir kandang Kg Jawang we all landing...cheff terus berperanan menyediakan minum petang. Dah letih cicah biskut dengan teh tarik...eeemmmmmpphhh...tarak ubat wa cakap lu....

Jumaat, 2 Disember 2011

EKSPEDISI CABARAN SG PELUS 2011

PENETAPAN EKSPEDISI

TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN: 17 DAN 18 DISEMBER 2011
LOKASI: KUALA CHENEIN atau PERLOP 3 TO PASIR KANDANG, KG JAWANG. (*** tunggu keputusan mesyuarat unit teknikal)
PENDAFTARAN BOLEH DIBUKA SEKARANG:
SMS NAMA DAN NO IC KEPADA 0135136117.

Rabu, 23 November 2011

Sg. Pelus Rafting Challenge 2011


XPDC: SG PELUS RAFTING CHALLENGE 2011

TARIKH: 17 DAN 18 DISEMBER 2011
ANJURAN: KELAB GRB.Com
TARAF PENYERTAAN : OPEN
TEMPOH: 2 HARI 1 MALAM
JARAK: 21 ATAU 32 KM.
LOKASI: KUALA CHENEIN TO JAWANG ATAU K.KANGSAR.

Cabaran laluan berjeram dengan saiz kedalaman air dan selekoh laluan air sungai yang mencabar dan berbeza-beza menanti anda. Kapasiti 4 ke 6 orang bagi satu unit.
Taklimat xpdc akan diadakan awal Disember. Tunggu maklumat lanjut. Untuk daftar lanjut hubungi dgn SMS 0135136117. Penyertaan Terhad 30 orang sahaja.

Jumaat, 18 November 2011

XPDC SG. KEDAH

CUTI SEKOLAH NI PELUANG TERBAIK UNTUK XPDC 4X4 KE SG KEDAH KAT BANDING. BERITA SETERUSNYA AKAN MENYUSUL. SO SIAPKAN JENTERA UNTUK CABARAN NANTI.

Kenangan Lalu

PERAK RIVER MERDEKA RAKIHTON CHALENGE 2006





Rabu, 2 November 2011

BANJIR OH BANJIR.....



Setakat ini pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan melalui agensi-agensinya telah melakukan segala persiapan bagi menangani permasalahan banjir yang dijangka bakal melanda negara kita tak lama lagi. Parti-parti politik juga telah mula menggerakan persiapan pasukan bagi persediaan membantu mangsa banjir. Kalau lihat di Thailand hampir berbulan lamanya mereka menghadapi banjir besar dan amat perit dilalui oleh rakyatnya. Kalau keadaan yang sama melanda negara kita tak taulah bagaimana agaknya keadaan rakyat kita nanti. Apa pun persiapan perlu dilakukan dari sekarang. Bagi kawasan yang rendah (pesisir sungai khususnya) persiapan perlu dilakukan dari sekarang.

Pengumunan: Kepada semua Team GRB.Com yang berminat untuk turut sama dalam gerakerja membantu mangsa banjir, boleh menghubungi GuWa mendaftarkan diri berkhidmat khususnya dalam masa cuti sekolah ni. Persiapan untuk tugasan ini akan dimulakan apabila sekolah mula bercuti...dan akan bergabung dengan team amal yang lain membentuk pasukan yang besar. Jangkaan tugas di sekitar negeri Perak dan Kedah. Kepada sesiap yang berminat juga boleh menghubungi GuWa. Ok adiosss....

Jumaat, 23 September 2011

Mulai minggu ini SKHM (Seni Kayu Hutan Malaya) akan menumpang blog ini memperkenalkan info berkaitan seni kayu hutan di negara kita dan pelbagai jenis kayu yang sangat sesuai untuk dibuat hiasan dan perabot. Yang berminat harga adalah secara rundingan. Adiosssss.............Meja Kopi- Bahagian atas dan tapak diperbuat daripada kayu papan pallet (papan jepun) tiang diperbuat daripada cengal batu (biasa digunakan untuk tiang api TNB). Tempoh menyiapkan 2 bulan. Sesuai untuk meja hiasan, meja dapur atau meja kopi.
Meja Kopi- Bahagian atas meja di perbuat daripada kayu teras pokok menia dan tiang diperbuat daripada merbau merah. Tempoh menyiap 1 bulan. Sesuai untuk dibuat meja hiasan atau meja kopi. Berat dan padu.
Bangku Kayu - diperbuat daripada kayu jenis Merbau Merah. Tempoh menyiapkan rekabentuk dan kerja kemasan 1 minggu. Berat dan padu. Sesuai untuk objek hiasan atau bangku bagi meja kopi.

Isnin, 12 September 2011

XPDC 4x4 Terjah Jalong

Sabtu 10 Sept dan Ahad lalu xpdc jom terjah tengas bermula kembali. Kali ni lokasi adalah melalui pos-pos orang asli Jalong Tinggi menuju ke kaki Gunung Korbu. Sayang sekali plan A dibatalkan kerana buat masa ini ada gangguan 'orang besar'. So terpaksa lah buat pelan B...jarak agak dekat sikit le sikit dan pastinya hasil terjahan tidak banyak sangat....takpelah janji boleh overnight.
Kali Team GRB.Com bersama Team 4x4 Gamuda Sg. Siput membuat terjah tengas di Ulu Jalong Tinggi. 4 buah 4x4 dengan 16 orang bergerak menyusur laluan pos asli jam 12.30 ptg.


2 jentera 4x4 pajero Man Sifu dan Ford Ranjer Zamri sedang menunggu Team Gamuda sampai. Lepak dulu kat tepi jalan Jalong.


Setelah meletakan kerenderaan 4x4 di rumah tok batin dengan bayaran parking....team xpdc memulakan perjalanan berjalan kaki. Kali ni untuk menuju lokasi agak terbalik sikit. Pergi banyak menurun...tapi balik banyak mendaki.

Selepas 20 minit menuruni bukit curam, ni antara air terjun 3 lapis yang tercantik di temui.


Berehat yang pertama setelah menuruni bukit yang amat tinggi.



Haiya...ni apa balu sikit nyalan sutah manyak letih maaa... baru sampai kem 1....jauh lagi bro....


Selepas berehat sekeita di kem 1 laluan diteruskan dengan meredah laluan sungai. Batu2 kat sini amat licin dan aliran air yang amat deras cepat meletihkan pergerakan team.



Setelah puas meredah denai dan sungai...team xpdc tiba di lokasi....kira boleh lah...tak ada pilihan lain. Baru je sampai, belum apa2 kita orang dah kena belasah dengan hujan lebat.
Dalam masa tu tugasan tetap perlu dilakukan...takut hari malam nanti gelap. Benda penting kena buat dulu adalah port memasak....ni lah port memasak dan barang dapur hasil kejuruteraan yang diketuai oleh Man Sifu. Lepas pekena 'yangat' baru le sibuk mendirikan port khemah memasing.



Zamri dengan gaya ala-ala rambo antara yang tidak sabar melihat deruman jeram. Walaupun lepas hujan air pekat likat namun terjahan pancing tetap dilakukan. Hasilnya 'ramai'lah cengkerik yang terbunuh bagi ikan makan....tuah belum berhasil bro...sabo..sabo...



Si Mei ni sejak dari dulu mana2 xpdc kegemarannya adalah mempromotkan hasil terjahan kengkawan....sapa lagi nak promot kannnn.... tu yang timbul ayat glamour lu " ni bukan nak kata, tapi orang kata le" keh keh keh.


Sebahagian dari hasil terjahan di lubuk ini. Ishhhh Guapun teruja juga ni....


Aliran air walaupun pekat macam teh susu....tapi dibawahnya lubuk singgahsana sang raja ikan...spesis air tawar yang terhebat di rimba maya ini....pegrhhhh...


Dah cukup semalaman yang tidurnya tido-tido ayam...apa taknya ramai beralas air hujan. Masa untuk bergerak pulang. Lagi cabaran yang terpaksa dilalui...meredah dan cross sungai sambil carry bebanan yang makin berat rupanya.



Si Zairul ni pantang tejumpa deghoyan...habisssyhhh dibelasahnya. Syedappp le pulok...tak ape syeme pun bukan lalu makan banyok-banyok.


Laluan balik yang paling memeritkan. Ramai yang terasa nak tercabut kaki. Dengan bebanan beg (banyak pakaian basah) sampai merangkak kaki tangan (nama lagi xpdc 4x4) mendaki pada kecerunan 75%...pada jarak 200 meter....pegrrghhhh...sampai la ni kaki goyang lagi wa cakap lu....mendaki gunung pun tak terasa sengal macam ni...Tu namanya usia dah makin tua la bebbbbb.



Bergambar kenangan dan meraikan kejayaan xpdc....alhamdulillah selamat tiba. Harap selepas ni tak ada yang serik untuk xpdc seterusnya.



INFO GENG GRB.Com