Rabu, 5 November 2014

Baju T Kelab Kembara

Ribuan terima kasih pada team GRB khususnya Adani, Zamri, Re dan Wak Wer...atas kesudian menerima jemputan guWa sebagai marshal dalam program Pegub SEMESTA 2014 di kem Pak Yub Pecah Batu. Yang sudi hadir guWa hanya mampu beri baju T kelab...cikai je.... Okey tengkiyu all geng.

Isnin, 25 Ogos 2014

SORRY DAH LAMA TAK UPDATE BLOG...SIBUK BRO.... NI AMBIT SIKIT UNTUK CUCI MATA...BIAR GAMBAR BERCERITA...

Selasa, 8 April 2014

TRAGEDI GUNUNG BUBU....MISI SAR BERAKHIR DENGAN KESEDIHAN.....

HARI KETIGA, SELASA 18.MAC 2014. Pagi ni boss guWa ada meeting di Ipoh...siap call guWa tanya isu tragedi...dan tanya guWa masih "bercuti" lagi ke, dan masih terlibat operasi SAR. guWa cakap hari ni ada di sekolah, bekerja....dan Wa bagitahu belum ada maklumat terkini. Hari ni guWa terasa letih sangat..ngantuk dan bekerja seperti biasa. Hanya Man Sifu sorang saje team GRB.COm yang membuat operasi hari ni. Dia off hari ni...so ada masa untuk pergi operasi. Man Sifu membuat jejakan sorang diri mengikuti trek balak antara hutan Jeliang hingga Lempor dengan menggunakan Kawasaki 150cc. Jam 9.15 pg. terima call dari Man Sifu ada berita terkini....dia menerima maklumat mengatakan 2 orang mangsa hidup sudah dijumpai selamat dalam keadaan keletihan....alhamdulillah....2 lagi???? belum pasti...cuma berita sedih ada melibatkan kematian...katanya...tapi belum pasti... Perghhh...ni yang rasa tak sedsap hati nihhh.... hari ni guWa punya period banyak pulak...dalam masa PdP call dan msg bertalu masuk....tak sabar tunggu tgh. 10.15 pagi call Hassan ("Wartawan Harakah Kuale") tanya maklumat sama....belum pasti katanye. Hassan ajak turun segera ke base di Ulu Kenas...okey jumpa ptg nanti. Jam 11.30 pg....call dari Re (Guru Pengiring XPDC tersebut) mengesahkan 2 sudah selamat dibawa turun dan dikejarkan ke hospital. 2 lagi belum pasti katanye. 2.40 ptg....habis waktu sekolah....guWa pecut balik rumah. Lewat jam 4.00 guWa ke base Ulu Kenas. Hassan dah tunggu. Maklumat dari Hassan. 2 selamat dan sudah ke hospital...dan sedihnya 2 orang lagi meninggal lemas dalam lubuk jeram....innalillah hiwainnalillah hirrojiun...Allahuhakbar....sedih jugak. Habarnya tragedi berlaku setelah mereka berempat terpisah dengan group dan tersesat...mereka menuju ke sungai dan terjadi malapetaka tersebut... nanti guWa dapatkan cerita sebenor kemudian nanti.
Ramai wartawan, waris mangsa, orang kampung, rakan sekolah, anggota unit beruniform dan orang PPD memenuhi base Ulu Kenas. Kelihatan team unit amal berada di sana. Habarnya macam semalam jugak mereka dilarang terlibat dalam operasi dan gerakkerja ini...pelik......buat kerja baik nak tolong perkara baik pun tak boleh...... Parking sesak dan jauh...nasib baik guWa bawak motosikal...mudah sikit. Lewat jam 4. 15 petang...jenazah pelajar pertama dibawa turun dengan Jip Polis menuju ke hospital. Suasana sedih kelihatan pada waris waris mangsa......cuaca baik makin ramai anggota uniform mula turun dari bukit. Misi dah selesai. Lewat jam 6 jenazah mangsa kedua dibawa dgn landrover keluar dari base. Ini merupakan tragedi paling menyedihkan setakat ini berkaitan xpdc gunung bubu.
Allah maha berkuasa dan apa yang berlaku adalah kehendaknya...buat rakan-rakan dari Tean GRB.Blogspot.Com...bersabar dan takziah dari guWa. Kita telah berusaha sedaya upaya...tetapi ketetapan Allah melebih segalanya.... Terimakasih buat semua team GRB.Com atas segala bantuan dan usaha serta sumbangan tenaga dalam misi SAR ini....

Khamis, 3 April 2014

Tragedi Bubu...Misi SAR Berakhir Dengan Kesedihan.....

OPERASI HARI KE DUA 17 MAC 2014 ISNIN. Jam 8.30 pg....semasa sarapan kami membuat perbincangan dengan Zamri, Re, Wak, Adani, guWa dan Man Sifu....sempat kontek geng kg. Zaha, Mat dan lain-lain supaya siap sedia utk operasi SAR. Kami akan bermotosikal dan lengkap dengan ration ringkas serta chainsaw utk cuci trek (senang motor dan 4x4 nak naik) jam 9.45 pagi..panggilan dari rakan Jab Hutan minta segera hadir untuk operasi SAR bersama...unit JPAM, Jab. Hutan, Rela, Bomba. guWa dah approve cuti CRK dgn boss...gitu jugak Man Sifu dah approve cuti...nasib baik bossnya sporting hari ni. Jam 10.15 pg. kami..team GRB.Com (Man Sifu, guWa, Zaha, Zamri, Mat, Anuar, dan Sham) memulakan pergerakan mendaki setelah melaporkan diri dan team di khemah operasi Jab Bomba serta mengadakan sedikit perbincangan dengan pengarah operasi SAR dan pihak bomba. Melihat mereka team SAR lain masih sedang brief kami bergerak dahulu. Dalam perjalanan kami bertembung dengan team jab hutan...membersihkan laluan...ini memudahkan laluan 4x4 dan motosikal.
Dengan kerjasama jab hutan dan geng kami...cepat saje 3 rimbunan pokok tumbang dapat disetelkan. Ini memudahkan trek untuk motor dan juga laluan 4x4 untuk naik. Tak lama kemudian team dari pelbagai anggota (rela, jpam, jab hutan, bomba dan org awam)agak seratus orang lebih... tiba di starting point. Mereka berpecah kpd banyak kumpulan. Kami berpecah dua, Zaha dan Mat membawa team jpam dan rela membelah jejak tepian sg gading menuju ke pulau gading dan seterusnye menyusuri sungai hingga campside 2 di sg gading. Man Sifu bercadang utk mendaki air terjun sebelah sungai asap menongkah arus membelah sebelah kanan trek hingga ke lubuk biru....jaraknya mahu 4 jam untuk ke lubuk biru. Oleh kerana tiada kemudahan alat komunikasi dan risiko keletihan kami menukar strategi. guWa dan masuk 2 hari tak tidur, gitu jugak Zamri....dah rasa longlai...tapi hati ni masih bersemangat untuk mencari pelajar yg sesat ni, harap dpt ditemui secepat mungkin, sebab hari dah masuk hari kedua mereka gagal ditemui...tentu mereka amat lapar dan keletihan. Akhirnya kami menukar trek laluan mendaki ke kem sg gading....kemudian membelok meredah kiri trek... melintang ke arah campside 1 di pulau gading. Hari semakin meninggi...kami amat letih (guWa dan Zamri sebenonye...yg lain okey lagi) kami rehat utk solat zohor....dan bercadang nak melelap mata dalam 1/2 jam sebelum bergerak semula.... sempat masak kopi dan nasi....mat rupanya sempat berpatah balik dan masuk ke troupe ini dan sempat mencari ikan tengas untuk buat lauk makan tgh. Tak lama lepas zohor helikopter penyelamat bomba berlegar rendah atas kami...hingga menerbangkan daun dan ranting kepada kami...risau juga kalau kalau pokok tumbang. kenapa asyik berlegar dan berhenti atas kami....ooooohhh rupanya asap dari api masakan kami barangkali diingatkan isyarat s.o.s. dari kami..... cepat cepat asap di padam dan mengisyaratkan tangan "tiada mangsa di sini"...helikopter terus beredar.
Jam hampir 4 ptg.....hari semakin gelap, tanda hujan bakal turun. Bunyi letupan mercun dari kumpulan lain memecah suasana...gegaran helikopter masih terus membelah ruang udara persekitaran kaki bubu. Adakah mangsa sudah ditemui? Jam 4.30 kami meneruskan operasi...tetapi kali ini menukar arah menyusur tepian sungai gading. Mengikut arahan peg. operasi semua kumpulan mesti keluar dari trek apabila jam 5 petang.... kami akur hari lewat petang dan hujan makin turun dengan sesekali lebat. Kecewa jugak gagal mengesan mangsa...sepanjang perjalanan turun bertemu dengan kumpulan kumpulan lain...semua berita sedih gagal ditemui....
Lewat jam 6 ptg kami sampai ke base ulu kenas...dan memaklumkan hasil operasi ke pegawai bomba bertugas..... geng dari jpam dan rela bertanya banyak soalan....nak jawabpun tak ada mood. Bertemu dengan dengan pesuruhjaya PAS Perak dan kumpulan unit amal...memberi sedikit hasil maklumat operasi....6.30 ptg. geng GRB.Com besurai balik dalam keletihan dan kecewa.....kerana semua team yang naik hari ni masih gagal menemui mangsa...harap-harap ada team lain yang menemui mereka segera.

Selasa, 1 April 2014

Tragedi Bubu....Misi SAR.....Berakhir Dengan Kesedihan...

Assalammualaikum....buat kengkawan... Lama jugak guWa menyepi....banyak jugak catatan...tapi masa tak mengizinkan..... Catatan seperti pada tajuk ni...dah lama guWa nak post...tapi rasanye takpelah biar lambat sikit. Ahad 19 Mac 2014, Jam 10.55 mlam: guWa dapat call dari Adani....berita memeranjatkan...."anak murid gagal ditemui sejak petang tadi...turun dari Gunung Bubu" Team GRB.Com Zamri dan Re bersama 2 guru dan 2 guide.(deme ni antara Otai berpengalaman) So team GRB.Com yg free perlu berjumpa di Base Ulu Kenas. Gitulah keputusan komunikasi kami ringkas malam tu. 11.10 mlm: guWa hanya sempat capai boot...lampu suluh dan pisau...sarung kepala terus start kereta...along anak guWa jerit nak ikut...okey...jom....kami dua beranak terus memecut ke UluKenas. 11.25 mlm: terus jumpa Re...Zamri...dan rakan lain....murid bergelimpangan dalam keletihan dan ada yang injured...letih barangkali....pasti... Dapat brief dari mereka.....call Man Sifu...maklum pada dia...(dia masih kerja di Lumut)..akan sampai jam 1 katanye. Wak Zam dan Adani tiba....bincang bersama untuk stategi SAR. Bincang dengan team Bomba untuk operasi SAR yg pertama malam tu.Kami diminta untuk menjadi guide mereka...ahhh sama-samalah kita....tujuan untuk SAR...anak murid kami... Jam 12.05 mlam: Bersama 5 anggota bomba serta 1 guide dan kami 4 org team GRB.Com memulakan pendakian...target menuju ke Kem Sg. Gading.(Kebarangkalian mangsa sudah sampai ke situ) Trek agak sukar kerana ada 3 pokok tumbang...lampu suluh tak cukup. Trek kurang jelas dan mudah tersasar dari trek. 12.45 mlm...kami berpecah 3....troupe Adani, Wak, Along dan 2 bomba mendahului trek. Troupe ke 2..guWa dengan sorang bomba mengeko jauh sikit di belakang, dan troupe ke 3 bomba dan guide pewai lebih awal...dan terus tak naik. Masuk sejam pertama hujan mula turun..kadang lebat kadang renyai.
Jam 1.50 pg: Ketika dipersimpangan cabang laluan ke Pulau Gading Hujan makin lebat dan mecurah-curah. Dalam hati kalu macam ni petanda air sungai akan "ngunung" jejak makin sukar ditemui...cahaya api dari bakaran unggun pasti tak ditemui. Setelah berehat dan menanti hujan reda sekitar 1/2 jam kami berdua terus mendaki menuju sg. Gading. Jam 2.45 pagi...sampai di sg. Gading. Air makin laju dan dalam...kami mencari peluang untuk menyemberang sg Gading. Troupe Adani dah berada di seberang dan membuat tinjauan SAR. setelah berusaha meredah air yng laju kami tiba diseberang.....bergabung kesemuanya 7 orang. Tepat jam 3.00 pg...kami berehat dan berbincang strategi seterusnya. Adani: Apakata kita teruskan mendaki hingga ke tempat kejadian.... guWa: hari ni dah seharian guWa banyak buat kerja rumah...letih sungguh....tak prepaire utk mendaki sejauh ni... Wak: baru lepas demam ni...baru kebah cuti 4 hari....tak stabil lagi... Bomba 1: saya baru balik dari ops SAR MH370 di Pahang...dah 3 hari tak tidur.... Bomba 2: saya baru sebulan betukar ke Kuale...ni rasa nak demam..tak berapa sihat.... Bomba 3: terpulang lah.... Wak: Esok jam 9 nak ke Port Dikson..kursus dengan Adani....3 hari... Along: Ikut je...tapi rasa tak lalu dah ni...lampupun slow kurang bateri. guWa: dari sini mendaki ke kem Tali dalam 2 1/2 ke 3 jam baru sampai...jam 6...balik turun tak pasti lagi....tak prepaire dengan alat komunikasi (bomba pun tak bawak)ration tak ada....apa kata kita balik dulu dan esok pagi buat operasi semula dengan gabungan unit lain. Sambil itu kami hanya membuat tinjauan dan menunggu dipersekitaran tersebut dalam 1 jam sahaja. Setelah berkira-kira...waktu malam biasanye 'mangsa' tak akan bergerak...api unggun atau torch light pun tak akan nampak kerana dah jauh pagi(mangsa mungkin lena tidur) dalam keadaan hujan ni. So keputusan dibuat SAR disambung esok. Tapi kami gagal untuk menyemberang kerana air terlalu laju dan dalam. Hujan sesekali renyai dan terasa amat sejuk mencengkam tulang....habis semua basah. Kami berjaya juga menghidupkan unggun untuk memanaskan badan. Jam 5.15 pagi kami meredah kelajuan sungai dengan berhati-hati sekali....Kami berjalan balik....pacat adalah terapi yg paling baik untuk hari tu...berpuluh-puluh ekor tiap orang dapat..... Langkah makin longlai...tak jauh dari loji...Man Sifu dah menunggu dengan 4X4 Pajero....alhamdulillah...jimat 1/2 jam perjalanan. Kami sampai base jam 6.45 pg..... solat subuh dan rehat. 8.00 pg Isnin. kami mesyuarat sambil sarapan dan berbincang operasi seterusnya...diketuai oleh Man Sifu.guWa sempat mohon cuti khas dari pengetua untuk operasi ini....

Khamis, 9 Januari 2014

CATATAN PERISTIWA YANG BERLALU LEWAT CUTI KELMARIN

Salam bro...dah lama tak on9 kat sini...sebok le pulak... Apa pun banyak jugak aktiviti we all on, cuma tak sempat nak diupload kat sini. Mari kita menyusuri lewat cerita semalam yang dah berlalu. Dengan enjutan jentera rock buggy yg telah diubahsuai serta pickup lebih power...terjahan tengas lewat petang berjaya menghasilkan tangkapan yg amat memuaskan. Bersama otai baru...Ex army -unit KLJ ...sarjan Hatta... dan pakar ikan che Mat....memang kow petang tu. Baru-baru ni...layan geng2 kelab....pasal dah lama guWa tak layan ofroad dengan you all...layan lah jugak tgh sampai ptg....macam biasa chef kita...wak Zam dengan nasi briani lagi. Jom layan....

INFO GENG GRB.Com