Misi menghantar bantuan ke Kelantan dirancang dalam masa ad-hoc.
Alhamdulillah dalam masa tak sampai seminggu kami berjaya mengumpul pakaian, makanan dan sedikit wang cukup untuk misi kali ini.

Misi yang dirancang hampir pada harinya. Dengan kekuatan 5 buah jentera, 2 buah Mazda pickup BT50, sebuah Kembara, sebuah Ford Ranger XL dan sebuah Ford Ranger 2X2.....hampir 3 tan bahan bantuan untuk mangsa banjir di Kelantan kami bawa.
Dari pagi lagi telah berusaha untuk mendapatkan info laluan..sama ada perlu mengikuti laluan timur barat atau Spg Pulai - gua musang. Pelbagai info spt JKR Grik dan IPD Grik kami tanya...akhirnya dapat maklumat dari infomer di Grik...kami putuskan untuk melalui laluan timur barat.
Jam 4.15 ptg kami mula bergerak memasuki area Tasek Banding. Memang banyak terdapat laluan yang runtuh dan jalan rosak. Tetapi ketika kami lalu...ianya bru saja disiapkan...dan jalan telah dibuka sepenuhnya untuk semua laluan....alhamdulillah....urusan kami dipermudahkan.



Akhirnya hampir jam 5.30 ptg kami sampai ke bandar Jeli.


Sdr Badri bekerja dgn Jabatan Kesihatan Jeli.

Selain itu maklumat dari rakan lain seperti Ust Sayuti (rakan lama dalam team GRB) juga membantu memberi maklumat untk misi konvoi bantuan ini.


Pagi tu.... awal lagi dah
ready...untuk xpdc offroad ke suatu tempat yang agak jauh pendalaman yg mana diberitahu tidak ada sebarang team bantuan yg telah sampai...jadi kami mungkin team yang pertama sampai.



Berbekalkan radio amator dan walkie-talkie perhubungan kami antara jentera konvoi sangat bermakna. Kerana talian tepon tak ada langsung.






Berhenti reahat...memang memenatkan bagi pemandu yang terpaksa menumpukan sepenuh perhatian pada keadaan laluan yg sangat merbahaya dan mencabar.
Jentera CikDin antara yg kerap tersangkut. Tapi jiwa kental pemiliknya...penuh sabar.....dengan bantuan dan kerjasama team yg komited segalanya setel.
Ada sebuah surau dan bekalan generator kecil bagi kegunaan masa masa tertentu sahaja.
Ketibaan konvoi kami di sambut secara sambil lewa pada mulanya oleh penduduk di sini. Ini kerana mereka agak terkejut dan terpinga pinga jugaklah....kerana menyangkakan kami siapa dan nak ke mana. Rupanya selama ini tidak pernah ada sebarang bantuan yg sampai ke sini. Malah mereka telah kehabisan bekalan makanan kerana laluan yg menghubungkan mereka dengan dunia luar terputus oleh bencana banjir....jambatan runtuh dan tanah runtuh atas laluan...menyebabkan mereka tidak boleh bergerak ke mana mana untuk mendapatkan bantuan. Pernah dalam masa 10 hari banjir tu mereka mendapatkan sedikit bantuan dari bantuan helikopter yg menurunkan makanan dari udara...tetapi hanya sedikit sahaja yg mereka dapat.
Ada ketikanya mereka hanya memakan pisang muda yang di rebus. Anak muda berenang ke kg bersebelahan hanya kerana mencari bantuan makanan. Suasana amat memilukan dan terasa amat sedih kepada peserta konvoi.
Menurut mereka konvoi bantuan kamilah satu satunya yang datang memberi bantuan. Mereka amat terkejut kerana kami boleh mengharungi laluan yang pada mereka tidak mungkin dan bagaikan menggadai nyawa dan penuh kesukaran. Tapi itulah hakikatnya...berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul.
Niat kami untuk ke kg Jenal Luar dan menjadikan sebuah masjid sebagai base kami tak tercapai. Dalam perancangan kami setelah menyerah bantuan...kami balik ke Tanah Merah. Rupanya Allah lebih memahamai dan mengatur segalanya. Setelah kata sepakat dicapai....konvoi kami bermalam di situ kerana sasaran agihan bantuan kami tidak tercapai lagi.
Sebuah rumah penduduk dijadikan base untuk agihan barangan. Surau sebagai tempat kami memasak dan bermalam. Bilangan kami yang ramai menyebabkan PakCik merangkap pak imam dan ketua keluarga di situ menyediakan rumahnya sebagai tempat tidur sebahagian dari kami.
Jumlah barangan yang di bawa hampir 2 tan.
Mencuba saiz seluar sekolah baru. Adik ini darjah 4 dan semasa bersekolah akan tinggal di Tanah Merah rumah saudara. Jauhnya 4 1/2 jam perjalanan melalui offroad.
Lewat jam 5 ptg satu konvoi dari Kuala Lumpur telah tiba. Mereka juga medapat maklumat berkaitan Kg Jenal ini tidaki menerima bantuan. Akhirnya kami bergabung saling membantu mereka dengan mengangkut muatan mereka dari lori di luar ke kg sini.
Seperti kami mereka juga bermalam di sebuah penempatan ketua masayarakat kg Jenal Dalam.
Sambil 'mengorek' ilmu pokcik ni...Aweluddin sempat membelasah air kopi dan pisang goreng pokcik ni...ha..ahaaa.haa.....weiii tak kan dgn cerek sekali ko belasah weeeiii....
Rumah yang dibina hanya menggunakan kayu balak hutan yang dibelah menggunakan chainsaw.
Daerah Dabong, Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli ini tidak asing bagi kegiatan pencari emas. Ketikanya akibat kesesakan hidup..... rezeki mereka Allah aturkan dengan penemuan serbuk emas yang walupun tidak boleh menjadi kaya....tetapi membolehkan kelangsungan hidup mereka.
Rumah di kawasan ini walaupun tidak tenggelam seratus peratus dari banjir tersebut....tetapi terdapat juga kerosakan pada rumah dan barangan mereka. Apa yang lebih teruk kerna terputus hubungan dan bekalan makanan selama hampir 10 hari
Jentera kepunyaan ladang rakyat yng dipanggil untuk membaiki jalan yg runtuh rosak dan segera dibaiki.
Keadaan Kg Jenal Dalam selepas banjir. Paras air melepasi bumbung rumah. Keadaan rumah yang rosak dan terjatuh dripada tiang asasnya.
Paras air yang melebihi pokok pokok tanaman ini menyebabkan pokok mati kerana tenggelam hampir 10 hari.
Wartawan merangkap Jurugambar GRB sir Razif.....cekap dan komited denga tugas mengambil gambar dan menemubual penduduk.
Bergambar bersama otai Kg Jenal ini.
Kembara otai Man Sifu mengalami masalah longshaft...
Saat dan masa untuk kami bergerak pulang pada keesokan petangnya. Terasa sedih dan hiba mengenangkan nasib penduduk di sini.
Kami mengagih-agihkan barangan untuk hari kedua. Sebahagian besarnya kami serahkan kepada pokcik ketua keluarga di sini untuk menyampaikan agihan kami ke Kg Jenal Luar. Kami tak dapat sampai ke sana kerana laluan yang runtuh masih gagal disiapkan menjelang tgh. Kami perlu pulang kerana perjalanan kami masih jauh.
Selaku ketua misi...guWa menyampai ucapan terakhir bagi pihak konvoi kelab GRB.
Kenangan yang memilukan dalam suasana sedih dan gembira. Terpancar keseronokan di kalangan mereka dengan kunjungan kami. terima kasih kerana menerima kehadiran kami.
Bilal surau anak kepada pokcik ni. Muda tetapi sudah beranak sorang.
Menyampaikan sumbangan wang daripada pemberian yang dikumpul.
Wak Zamzuri |
Mulyadi @ Re |
Malik |
Cik Rajuddin |
Gambar selfi beramai ramai sebelujm bergerak pulang.
Surau yang dijadikan penempatan peduduk untuk berlindung hujan panas ketika banir melanda. Surau ini terletak dia atas bukit sedikit. Inilah kami jadikan base konvoi semasa kami bermalam di sini.
Hampir jam 4 ptg kami memulakan perjalanan pulang. Membawa sebuah kenagan yang memilukan dan satu kepuasaan apabila misi kami untuk menyampaikan bantuan tercapai.


Perjalanan pulang memakan masa hampir 4 1/2 jam...kami mengikuti laluan offroad arah ke Tanah Merah....sebuah perjalanan yang menggerunkan laluannya.......(tunggu video)
Akhirnya kami tiba di Jeli rumah rakan GRB...Awe Jeli jam 11 mlm. Terima kasih atas jamuannya.
Menyebabkan dua otai ini terbongkang kekenyangan.....keh..keh..kehh...Lagi sekali malam itu kami tidur di asrama SM Sains Jeli kerana keletihan dan membaiki jentera yng ada masalah.
Misi kami menjadikan 4 hari 3 malam...
Terima kasih rakan-rakan GRB. dan Team Konvoi ini.....
Terima kasih................buat....
Wak Adani....
Wak Zamzuri...
Zamri.....
Mulyadi @ Re....
Man Sifu.....
Malik....
Aweluddin @ Awe Ite..........
Cik Din dan Isteri.......
Sir Razif......
Rakan-rakan Kolej Vokasional .....
ahli GRB........
Rakan - rakan dari Jeli........
Awe Jeli.......
Ust Sayuti......
Team Kesihatan Jeli........
Pengetua dan staff SM Sains Jeli..........
Para Penyumbang Barangan dan Wang Ringgit......
Anak Isteri Team GRB yang memberi semangat dan kerjasama......
dan sesiapa sahaja yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam misi ini....
Terima Kasih...semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan kalian.....
Wallahuaklam.