Selasa, 27 Januari 2015

MISI BANTUAN GRB ; XPDC KEMBARA EHSAN TO KELANTAN 2015

Cuti yang ditambah lagi seminggu ketika cuti persekolahan yang lalu akibat bencana banjir besar yang melanda negara telah digunakan dengan sebaik-baiknya oleh team kelab Kembara GRB.
Misi menghantar bantuan ke Kelantan dirancang dalam masa ad-hoc.
Alhamdulillah dalam masa tak sampai seminggu kami berjaya mengumpul pakaian, makanan dan sedikit wang cukup untuk misi kali ini.

Longgokan pakaian dan makanan kering diterima hampir setiap hari dari para dermawan....alhamdulillah....tengkiyulah rakyat Malaysia.

Bergerak Ke Kelantan.

Misi yang dirancang hampir pada harinya. Dengan kekuatan 5 buah jentera, 2 buah Mazda pickup BT50, sebuah Kembara, sebuah Ford Ranger XL dan sebuah Ford Ranger 2X2.....hampir 3 tan bahan bantuan untuk mangsa banjir di Kelantan kami bawa.
Dari pagi lagi telah berusaha untuk mendapatkan info laluan..sama ada perlu mengikuti laluan timur barat atau Spg Pulai - gua musang. Pelbagai info spt JKR Grik dan IPD Grik kami tanya...akhirnya dapat maklumat dari infomer di Grik...kami putuskan untuk melalui laluan timur barat.


Sedang loading barangan.

Ford Ranger CikDin pun lowed jugak kena belasah dengan muatan...keh..kehh..kehhh...

Otai mc gayver kita si Adani....abih semua tong nak dibawaknya....belasah je bro....

Dengan kekuatan 15 anggota (guWa, Adani, Zamri, Re, Wak Zam, Man Sifu, Malik, Awe Ite, Razif, Azri KV bersam dua rakannya dan juga En. Rajuddin (otai lama) bersama isterinya....kami mula bertolak jam 11.20 tgh. dari K.Kangsar. Setelah berehat dan solat di Masjid Grik terus berhenti rehat makan di hentian sebelah.
Jam 4.15 ptg kami mula bergerak memasuki area Tasek Banding. Memang banyak terdapat laluan yang runtuh dan jalan rosak. Tetapi ketika kami lalu...ianya bru saja disiapkan...dan jalan telah dibuka sepenuhnya untuk semua laluan....alhamdulillah....urusan kami dipermudahkan.
Dari jauh tulisan Royal Belum kelihatan megah dilereng bukit ...ketika kami melalui jambatan tasek banding. Dah lama jugak guWa tak ke banding ni...dulu pernah memancing, bermalam di pulau, bermalam di stesen petronas, bermalam di penempatan orang asli, memburu toman, mecut bot dalam hujan ribut yang berombak dan macam macam lagi...Tapi hari ni lalu kat sini tak banyak berubah...kecuali tulisan tu dah ada.


Inilah antara kerosakan yang menyebabkan laluan lebuhraya timur barat ini terputus dan ditutup hampir seminggu. Beberapa jalan terputus kerana tanah dan lereng runtuh. Walaupun laluan telah dibaiki tetapi pemanduan perlu berhati hati kerana masih dalam proses penyelenggaraan.

Jalan yg runtuh pd lereng di pasang cerucuk besi dan ditambak tanah...diturap dalam masa 12 hari selepas kejadian yg memutuskan sama sekali laluan timur barat ini.


Akhirnya hampir jam 5.30 ptg kami sampai ke bandar Jeli.



Ford Ranger XL Azri mengalami sedikit masalah pada housing radiator. Tapi Alhamdullillah Man Sifu menyetelkannya....

En. Rajudin @ CekDin..otai lama  pencen JPN buat pertama kali dengan Ford Renger 2x2nya joint kami. Penuh semangat orang lama ni. Cayalah......

Konvoi berhenti di tepi untuk berjumpa dengan adik Aweluddin @ Awe Ite bagi nmendapatkan info terkini tentang lokasi bantuan banjir.
Sdr Badri bekerja dgn Jabatan Kesihatan Jeli.



Kelihatan Sdr Badri berbaju merah memberi penerangan berkaitan banjir kepada konvoi kami.


Tidak lama kemudian Awe Jeli salah seorang team GRB yg telah bertukar ke Jeli tiba. Beliau banyak membantu team dalam urusan penginapan semasa pergi dan balik. Hero kesayangan pengetua  Sekolah Sains Jeli ni berjaya mempengaruhi pengetuanya..ha..ha..haaa.....dan kami dapat bermalam dengan selesa dalam misi kali ini.
Selain itu maklumat dari rakan lain seperti Ust Sayuti (rakan lama dalam team GRB) juga membantu memberi maklumat untk misi konvoi bantuan ini.


Mesyuarta kecil diadakan..... berbincang sambil ngeteh untuk ops besok hari

Dah macam jadi budak asrama...ataupun rasa pergi PSKPP le pulak. Sorang satu katil. Sebelum ni dah terbayang akan tidur bawah kanves tepi jalan ke sungai ke hutan ke.....rupanya Jeli okey tak kena banjir.
We all dah bersiap dengan pelbagai kemungkinan dan kelengkapan.... memang banyak bawa kelengkapan memasak, bekalan air yg cukup. Ingat nak masak le kat mana-mana.....last last malam tu makan kat gerai di bandar Jeli...siap round tengok ekspo jualan....ha..ha..ha.....dah macam pergi cuti cuti malaysia plak....



Boleh shooping lelong barang banjir lagi...ha..haa....saja tengok tengok je...layan mata....walhal besok pagi ada tugasan berat.


 Potret kenangan misi bantuan team GRB di depan dewan makan asrama SMSJ.


Konvoi sedang memanaskan enjin sebelum bergerak.



Pagi tu.... awal lagi dah 
ready...untuk xpdc offroad ke suatu tempat yang agak jauh pendalaman yg mana diberitahu tidak ada sebarang team bantuan yg telah sampai...jadi kami mungkin team yang pertama sampai.

Dengan bantuan unit Kesihatan Jeli bersama sebuah jentera Land Rover dan bebrapa kru yg mengetuai konvoi kami....bermula jam 10.30 pg. kami mula bergerak dari bandar Jeli melalui jlan ke Kuala Krai..Dabong. Dalam 30 minit melaui jalan raya...kami mula memasuki jalan kampung.

 Tak lama kemudian mula memasuki fasa 1...jalan offroad...ladang sawit dan hutan berbukit bukau...meredah sungai, bukit runtuh, jalan berlecak yang dalam.

Laluan mula memasukki laluan lebih sukar. Tanah selut yang dalam, runtuhan runtuhan di lereng bukit..laluan yg amat sempit dan tepian jurang yang melebihi 250 ke 300 kaki ke dasar amat mendebarkan. Walaupun kami tidak menyangka laluan sebegitu tidak sesuai pada  tayar jenis biasa (tayar bando) yg digunakan oleh jentera kami...namun kami perlu mengharunginya demi misi utama kami untuk menyampaikan  barangan bantuan yg telah diamanahkan kepada kami.

 Berbekalkan radio amator dan walkie-talkie perhubungan kami antara jentera konvoi sangat bermakna. Kerana talian tepon tak ada langsung.


Laluan berbukit dan licin serta lumpur yg dalam amat menyukarkan pergerakan.

Nasib kami baik runtuhan jalan ini baru sahaja dibaiki ketika kami tiba di sini. Sebuah jentolak baru saja membaiki runtuhan ini. Alhamdulillah..Allah permudahkan sekali lagi.

Sekitar pemandangan  Ladang Rakyat milik SDDC anak syarikat kerajaan Kelantan....begitu luas membelahi bukit bukau seperti di pergunungan.


Kerap juga jentera CekDin tersangkut dan gagal melepasi laluan sukar....2x2 memanglah.....tapi dengan adanya Landrover semuanya selesai masalah.

Perjalanan offroad hampir 2.30 jam...Sekali lagi nasib kami amat baik...ketika sampai backhoe ni sedang membaiki jambatan runtuh. Setelah dibersihkan...kami mudah aja meredah sungai tersebut...alhamdulillah.

Kami berhenti rehat jam 3.00 ptg disebuah penempatan kantin pekerja ladang. hajat nak cari nasik...yeleekkkk...minum aje lah.

Berjumpa dengan sebuah pacuaan hilux...single je membuat bantuan ke kg Biak. Kami tidak memasuki kg berkenaan di persimpangan di belakang tadi. Misi kami lebih jauh lagi iaitu ke Kg Jenal...eeewahhhhh....macam tau je kg tu kat mana.

Berhenti reahat...memang memenatkan bagi pemandu yang terpaksa menumpukan sepenuh perhatian pada keadaan laluan yg sangat merbahaya dan mencabar.
Kami akui tanpa bantuan rakan dari team kesihatan ini...tak mingkin sama sekali kami akan sampai. Kerap kali jentera tersangkut...pasti land rover ini membantunya.

Satu laluan yang agak merbahaya dan perlu dibaiki.

 Jentera CikDin antara yg kerap tersangkut. Tapi jiwa kental pemiliknya...penuh sabar.....dengan bantuan dan kerjasama team yg komited segalanya setel.




Bersambung.................
Bendera Perak megah bersidai di tepi kereta sebagai lambang konvoi kami.


Setelah menempuh laluan yang begitu  mencabar selama 4 jam setengah....akhirnya konvoi kami sampai ke sebuah kg yg amat jauh di pendalaman. Nama kg ini Kg. Jenal Dalam dan disebelahnya Kg Jenal Luar. Sebuah kg yang didiami hampir 50 ke 60 buah rumah dengan bilangan lebih 60 keluarga sahaja. Jenal Dalam....amat jauh sekali dari kemudahan insfratruktur malah tiada langsung kemudahan awam. Tiada sekolah, tiada elektrik dan air awam, hanya bekalan air dari paip bukit.
Ada sebuah surau dan bekalan generator kecil bagi kegunaan masa masa tertentu sahaja.


Ketua keluarga (berbaju puteh) bagi penduduk Kg Jenal Dalam ini.

Ketibaan konvoi kami di sambut secara sambil lewa pada mulanya oleh penduduk di sini. Ini kerana mereka agak terkejut dan terpinga pinga jugaklah....kerana menyangkakan kami siapa dan nak ke mana. Rupanya selama ini tidak pernah ada sebarang bantuan yg sampai ke sini. Malah mereka telah kehabisan bekalan makanan  kerana laluan yg menghubungkan mereka dengan dunia luar terputus oleh bencana banjir....jambatan runtuh dan tanah runtuh atas laluan...menyebabkan mereka tidak boleh bergerak ke mana mana untuk mendapatkan bantuan. Pernah dalam masa 10 hari banjir tu mereka mendapatkan sedikit  bantuan dari bantuan helikopter yg menurunkan makanan dari udara...tetapi hanya sedikit sahaja yg mereka dapat.
Ada ketikanya mereka hanya memakan pisang muda yang di rebus. Anak muda berenang ke kg bersebelahan hanya kerana mencari bantuan makanan. Suasana amat memilukan dan terasa amat sedih kepada peserta konvoi.
Menurut mereka konvoi bantuan kamilah satu satunya yang datang memberi bantuan. Mereka amat terkejut kerana kami boleh mengharungi laluan yang pada mereka tidak mungkin dan bagaikan  menggadai nyawa dan penuh kesukaran. Tapi itulah hakikatnya...berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul.

Niat kami untuk ke kg Jenal Luar dan menjadikan sebuah masjid sebagai base kami tak tercapai. Dalam perancangan kami setelah menyerah bantuan...kami balik ke Tanah Merah. Rupanya Allah lebih memahamai dan mengatur segalanya. Setelah kata sepakat dicapai....konvoi kami bermalam di situ kerana sasaran agihan bantuan kami tidak tercapai lagi.
Sebuah rumah penduduk dijadikan base untuk agihan barangan. Surau sebagai tempat kami memasak dan bermalam. Bilangan kami yang ramai menyebabkan PakCik merangkap pak imam dan ketua keluarga di situ menyediakan rumahnya sebagai tempat tidur sebahagian dari kami.

Jumlah barangan yang di bawa hampir 2 tan.

 Mencuba saiz seluar sekolah baru. Adik ini darjah 4 dan semasa bersekolah akan tinggal di Tanah Merah rumah saudara. Jauhnya 4 1/2 jam perjalanan melalui offroad.

Lewat jam 5 ptg satu konvoi dari Kuala Lumpur telah tiba. Mereka juga medapat maklumat berkaitan Kg Jenal ini tidaki menerima bantuan. Akhirnya kami bergabung saling  membantu mereka dengan mengangkut muatan mereka dari lori di luar ke kg sini.
Seperti kami mereka juga bermalam di sebuah penempatan ketua masayarakat kg Jenal Dalam.
Dengan bantuan sebuah jentolak....laluan tanah runtuh yang memutuskan laluan ke kg Jenal Luar diperbaiki. Malangnya tanah runtuh yang banyak menyebabkan ianya gagal disiapkan pada hari tersebut dan disambung pada esok harinya.
 Syef konvoi kami yang tak asing lagi....Sdr Wak Wer seperti biasa dengan tugasnya...memastikan makanan sentiasa tersiap.

Lewat subuh kami mendengar kuliah subuh daripada pakcik imam ni. Kami solat berjemaah di anjung rumahnya. lihatlah rumah penduduk di sini....jangan kata perabot....kerusi plastik pun tak ada. Sekadar alas tikar sahaja. Faktor kemiskinan dan jauh dari arus pembangunan menyebabkan rata rata penduduk di sini tertinggal segalanya. Tanpa elektrik dan rangkain telefon mereka tidak melihat televisyen dan agak ketinggalan dengan  hubungan dunia luar.

Sambil 'mengorek' ilmu pokcik ni...Aweluddin sempat membelasah air kopi dan pisang goreng pokcik ni...ha..ahaaa.haa.....weiii tak kan dgn cerek sekali ko belasah weeeiii....


Rumah yang dibina hanya menggunakan kayu  balak hutan yang dibelah menggunakan chainsaw.



Sebahagian daripada pemuda kg ini yang bekerja sebagai penoreh getah dan kadang kadang bila musim hujan mencari emas di sungai sungai.
Daerah Dabong, Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli ini tidak asing bagi kegiatan pencari emas. Ketikanya akibat kesesakan hidup..... rezeki mereka Allah aturkan dengan penemuan serbuk emas yang walupun tidak boleh menjadi kaya....tetapi membolehkan kelangsungan hidup mereka.



Sebahagian daripada kaum wanita dan anak kecil. 
Rumah di kawasan ini walaupun tidak tenggelam seratus peratus dari banjir tersebut....tetapi terdapat juga kerosakan pada rumah dan barangan mereka. Apa yang lebih teruk kerna terputus hubungan dan bekalan makanan selama hampir 10 hari


Sebahagian daripada konvoi kumpulan daripada KL yang berhenti rehat dengan base kami.

Masuk hari kedua anak muda mula rapat dan mengenali kami. Mereka tidak kekok lagi untuk bersama apabila diajak makan dan bersembang.

Jentera kepunyaan ladang rakyat  yng dipanggil untuk membaiki jalan yg runtuh rosak dan segera dibaiki.
Keadaan Kg Jenal Dalam selepas banjir. Paras air melepasi bumbung rumah. Keadaan rumah yang rosak dan terjatuh dripada tiang asasnya.

Paras air yang melebihi pokok pokok tanaman ini menyebabkan pokok mati kerana tenggelam hampir 10 hari.
Wartawan merangkap Jurugambar GRB sir Razif.....cekap dan komited denga tugas mengambil gambar dan menemubual penduduk.




Bergambar bersama otai Kg Jenal ini.













Kembara otai Man Sifu mengalami masalah longshaft...


guWa bersama Razif utk sessi kenangan...he..he....he..
Saat dan masa untuk kami bergerak pulang pada keesokan petangnya. Terasa sedih dan hiba mengenangkan nasib penduduk di sini.



Kami mengagih-agihkan barangan untuk hari kedua. Sebahagian besarnya kami serahkan kepada pokcik ketua keluarga di sini untuk menyampaikan agihan kami ke Kg Jenal Luar. Kami tak dapat sampai ke sana kerana laluan yang runtuh masih gagal disiapkan menjelang tgh. Kami perlu pulang kerana perjalanan kami masih jauh.
Selaku ketua misi...guWa menyampai ucapan terakhir  bagi pihak konvoi kelab GRB.
Kenangan yang memilukan dalam suasana sedih dan gembira. Terpancar keseronokan di kalangan mereka dengan kunjungan kami. terima kasih kerana menerima kehadiran kami.
Bilal surau anak kepada pokcik ni. Muda tetapi sudah beranak sorang.
Menyampaikan sumbangan wang daripada pemberian yang dikumpul.
Wak Zamzuri

Mulyadi @ Re

Malik



Cik Rajuddin


Gambar selfi beramai ramai sebelujm bergerak pulang.

Bersiap untuk bergerak pulang.


 Surau yang dijadikan penempatan peduduk untuk berlindung hujan panas ketika banir melanda. Surau ini terletak dia atas bukit sedikit. Inilah kami jadikan base konvoi semasa kami bermalam di sini.



Hampir jam 4 ptg kami memulakan perjalanan pulang. Membawa sebuah kenagan yang memilukan dan satu kepuasaan apabila misi kami untuk menyampaikan bantuan tercapai.

Perjalanan pulang melihatkan kesan banjir ini mengingat dan mengingsafkan...betapa kuasa Allah SWT itu maha agung dan maha mengkehendaki. Pastinya ada sesuatu natijah dan hikmah disebalik semua ini.

Perjalanan pulang memakan masa hampir 4 1/2 jam...kami mengikuti laluan offroad arah ke Tanah Merah....sebuah perjalanan yang menggerunkan laluannya.......(tunggu video)
Akhirnya kami tiba di Jeli  rumah rakan GRB...Awe Jeli jam 11 mlm. Terima kasih atas jamuannya.
Menyebabkan dua otai ini terbongkang kekenyangan.....keh..keh..kehh...Lagi sekali malam itu kami tidur di asrama SM Sains Jeli kerana keletihan dan membaiki jentera yng ada masalah.
Misi kami menjadikan 4 hari 3 malam...


Terima kasih rakan-rakan GRB. dan Team Konvoi ini.....
Terima kasih................buat....

Wak Adani....
Wak Zamzuri...
Zamri.....
Mulyadi @ Re....
Man Sifu.....
Malik....
Aweluddin @ Awe Ite..........
Cik Din dan Isteri.......
Sir Razif......
Rakan-rakan Kolej Vokasional .....
ahli GRB........
Rakan - rakan dari Jeli........
Awe Jeli.......
Ust Sayuti......
Team Kesihatan Jeli........
Pengetua dan staff SM Sains Jeli..........
Para Penyumbang Barangan dan Wang Ringgit......
Anak Isteri Team GRB yang memberi semangat dan kerjasama......
dan sesiapa sahaja yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam misi ini....
Terima Kasih...semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan kalian.....
Wallahuaklam.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INFO GENG GRB.Com