Isnin, 22 Jun 2015

MISI KEMBARA BAKTI CAKNA KELANTAN 2- GRB - KGKT

Tarikh 9 Jun time cuti sekolah seperti yang dijanji dan rancang berjalan lancar. Cuma kali ni tak ramai geng GRB yang turun,,,tak tau kenapa...sebab tak ada jawapan. Hanya Malik sahaja bersama kali ni. Walaubagaimanapun misi yang telah dirancang perlu dilaksanakan mengikut jadual.
Kelab Kembara bergabung dengan KGKT Semesta Manong.....tidak menghampakan....xpdc berjalan lancar dan meriah sekali.

 Antara barangan yang telah diterima daripada sumbangan pebagai pihak. Terdiri daripada makanan kering dan pelbagai lagi anggaran kos RM 4000. Terima kasih kepada semua penyumbang.






Proses loading barang pada jam 7.30 pagi.
Kenderaan terlibat.
Geng bujang pegerusi KGKT (sebuah Hilux)
Hilux Cgu Meor sekeluarga.
Hilux Helmi sekeluarga
BT50 Teman Sekeluarga
Nissan Vannet Malik Sekeluarga
Nissan X-trail Ust Azhar dan geng bujang,   Wish Ustz kudus sekeluarga dan
 Axia Hanif sekeluarga. Mantop.


Antara muatan yang dibawa ialah buah tamar hampir RM 3000




 Pergerakan bermula dari Manong, melalui kelies castle ke Simpang Pulai dan ke Cameron Highland

Pergerakan agak perlahan kerana kerja baikpulih jalanraya menyebabkan masa perjalanan menjadi terlewat.




Apabila melepasi Lojing ke arah Gua Musang laluan cantik dan lengang. Peluang ini diambil sebaik mungkin oleh konvoi dengan memecut agak laju.
Alhamdulillah konvoi tiba di Gua Musang jam 12.45 tgh....berehat untuk solat Zohor dan makan tengahari.






Perjalanan diteruskan ke arah Manik Urai...jarak hampoir 100 km lagi


Dalam perjalanan ke Manik Urai konvoi singgah ke suatu kawasan yang jauh pendalaman, Felda Aring 3 yg teruk terkena bencana banjir. hampir 30 km dari jalan utama.

Mereka masih menumpang rumah kongsi ehsan kepunyaan ladang.


 Kenderaan konvoi tiba di felda Aring 3 dengan sambutan hujan.


Salah seorang penduduk. Mereka merupakan penduduk yang menumpang di tanah rezub sungai dan menjadi buruh harian kepada ladang. Bila kediaman musnah mereka terkapai kapai kerana bantuan hanya untuk yg ada tanah. Sampai bila....



Teman terpaksa berpayung ketika menziarahi khemah khemah mereka. Masa makin lewat petang. Perjalanan masih jauh....

Plastik menjadi pilihan termudah untuk mengahalang dari hujan.









Sumbangan dihulur.



runtuhan rumah lama dijadikan tempat kediaman dgn beralas plastik.




Bangunan surau yang baru dibina setelah  hampir 6 bulan bencana berlaku. Mereka amat memerlukan sumbangan dan bantuan bagi menyiapkan surau ini terutama ketika menyambut Ramadhan tak lama lagi.




mengagihkan telur masin dan buah tamar kepada penduduk



 Timo Kasih Sain Sobak Tulong Kami...Banjir antara tulisan yang terbentang tanda ucapan terima kasih mereka kepada para penyumbang.
Presiden KGKT Semesta saudra Nazri. Antara NGO PBSM Kuala Kangsar yg sering aktif dalam kerja kerja amal.


Masih menjadikan khemah sebagai tempat tinggal.


Lewat jam 5 konvoi bergerak ke Manik Urai Lama. Suatu kawasan yang paling teruk dilanda banjir. Di sana masih terdapat beberapa khemah penempatanh banjir yang dihuni mangsa. Ketika menjelang maghrib kami sempat mengagih agihkan sumbangan.


Khemah besar masih didiami ramai ahli keluarga.






Sedang mengagihkan pelbagai sumbangan untuk mereka.

Selepas solat isya di sebuah masjid di Manik Urai Lama....kami mengambil keputusan menyerahkan selebihnya barangan bantuan kepada j/kuasa masjid untuk mereka agihkan kepada penduduk kampung.
Alhamdulillah lewat jam 10 malam kami bergerak ke Kuala Krai dan seterusnya ke Pasir Puteh untuk bermalam. Badan makin letih....


Alhamdulillah dengan bantuan rakan KGKT, Azli yang telah menyediakan tempahan homestay sebuah bangalow yg selesa....nyenyak sungguh mlm tu.



 Esok pagi membuat lawatan ke Pulau Melaka, kediaman almarhum Tok Guru yang disayangi TGNA.


Geng muslimat sempat menemui dan berbicara dengan Datin Tuan Sabariah, isteri TGNA.


Kemudian kami berjalan kaki menziarah makam TGNA dalam jarak 80 M dari kediamannya.

Terpaksa dipagar apabila ada pihak yg tidak bertanggungjawab sering mengambil tanah dan batu sebagai perkara yang dilarang.

Lewat tengahari kami (khususnya teman dan Malik) bertemu rakan GRB yang lama tidak berjumpa....ustaz Sayuti. Setelah hampir 4 tahun bertukar ke Kelantan.



Sambil bergerak balik hanya sempat melihat dalam perjalanan sahaja persekitaran Kota Baru. Masa amat terhad.





Lewat jam 5 petang kami singgah di rumah KGKT Riduan..Kg Padang Ujil Tanah Merah....untuk makan petang. Terima kasih Wan.



Lewat 6.30 petang berfgerak dari Tanah Merah menuju ke Jeli dan Grik. selepas Isya di masjid Grik bergerak balik ke Manong dan tiba rumah jam 11.30 malam...
singgah sebentar di puncah titiwangsa.




















Alhamdulillah misi berjaya.

INFO GENG GRB.Com