Jumaat, 30 April 2010

Baru 3 minggu rehat dah mula sakit badan dah.....

Baru 3 minggu off xpdc jom terjah, dah mula 3 empat geng bising betanya bila nak turun lagi. Badan baru mula nak kebah le yobbbb, cuti minggu depan le kut.
Apa pun lu tengok terjah geng kelab masa di awal-awal penubuhan kelab kita. Masa tu muka muda2 lagi, hangin tengah baik punyaaaa, abg Hussin, Ustaz muka budok lagi, Wak Err, cikgu Sahak pakar buat gadjet dan orang kuat kelab masa tu Cik Din (masa tu kalu buat perancangan bila cik Din kata ok aje mesti jadi punya)...itu kat mini hidro lubuk baung, okey...........layannnnn duluuuu.

Rabu, 28 April 2010

Sepanjang Mei Beristirehat Le Kita

Sambil melepak ngan album lama nampak kenangan ni, ishhhh ramai yang tak boleh ingat seksanya mengharung 7 jam berkayak sepanjang 2 sungai, dari sungai Pelus melalui Sg Perak sampai ke kuala kangsar. Itu le kenangan ketika baru 2 tahun kelab ditubuhkan.

Sepanjang Mei ni cuti penuh untuk program Jom Terjah. Kecuali pada geng yang ada jadual so, selamat berangkat ke Gunung Irau pada geng teknik. epanjang minggu ini ramai yang demam, musim kata deme. Sabtu dan Ahad sepanjang Mei penuh dengan jadual sekolah. Apahal pun awal cuti pada Jun nanti ada port baru untuk di terjah, itu pesan Man Syifu. Kemaskan jentera lu orang semua, nanti kita boleh layannnnnnn.

Sabtu, 24 April 2010

Pembakar Semangat Baru...


Dengar cerita ada mamat dari Teknik dah terbakar tahap 90 darjah F. Apa tak, asyik dengar semabang kekawan je. Panas hati siap sambau sebiji EX5, terus tukar tayar off road. Siap tanya pulak tu bila nak terjah tengas lagi. Wah..!!! ni dah kira bakar semangat gua ni... RM 700 je lu sambau EX5. Oii murah tu... pastikan ada geran dan road tax idup... baru ngam nak joit mana2 terjah. Lagi satu spoket lu paling tidak 41 ke atau 45 baru ngancam dengan saiz lu.Ape2 hal tunggu siren dari Man Syifu...dia bunyi siren gua tiup wisel la...ok tungguuuu.!!!!

Jumaat, 9 April 2010

JOM TERJAH DI LATA TANJUNG GADING PALING MENCABAR KALI NI

Memang xpdc kali ni lebih mencabar daripada minggu lepas. Kami bertolak lepas solat maghrib kira jam lapan malam. Cabaran mendaki dengan motor kali ni hebat betul. Motor Man shifu tetiba lampu tak nyala dah...haru pake toslet kepale je. Kip pulak nyemedang je enjin panas tabung ayo ngelegok dekat sepuluh kali. Asyik berenti memanjang je, nasib SRX gua no problem, dengan spoket 45 tayar belakang baru tukar 275 memang nak melompat je kerojenye weh. Sampai separuh jalan balak tumbang pulak, nasib ada chainsaw mudah settle. last sekali tiba lokasi juam 1.06 minit tgh malam. lepas solat isya dan sempat melantak maggi Man shifu tak bagi chan punya ingat mata dah layu badan pun letih. Jom operasi tengas arah Man, apa lagi start jam 2.15 pg terus mula. 10 minit pertama saiz A dah tewas kat tangan gua. Selesai operasi jam 4.15 pg. balik ke base masuk khemah sedor2 subuh gajoh. Operasi pagi esoknya memang saiz nala-nala wa cakap lu...Lepas tu bla...bla.. bla.. mleh le nak cerite you all tengok aje le. Kita orang balik umah 4.30 ptg. nak turun lagi satu cabaran. Tapi mau 5 kg bawa balik. ok tak yah cite lebih, ati pun sakit tengok Awe begolek-golek dalam sungai main ikan...ye tak...ok layannnnnn.....
























INFO GENG GRB.Com