Khamis, 15 Januari 2015

MISI BANJIR 2014 / 2015

Cuti sekolah kali ni team GRB langsung langsung tidak berkesempatan melakukan aktiviti kelab berbentuk, memancing, MD atau overnight. Kesibukan masa kengkawan dalam menyelesaikan tugas kerja dan belajar menyebabkan sebarang aktiviti tertangguh. Tiba tiba seluruh negara dikejutkan dengan fenomena banjir besar yang melanda seluruh negara. Negeri pantai timur terutama Kelantan menerima musibah paling teruk...dan terburuk dalam sejarah. K.Krai dan Manik Urai menerima tsunami banjir yg memusnahkan ribuan rumah dan hartabenda awam. Di Perak...Kuala Kangsar, Hilir dan Perak Tengah juga menerima kesan banjir yg hampir menyamai banjir besar 1967. Misi Ops Bantuan Kembara GRB. Team Kelab Kembara GRB juga tidak ketinggalan dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir. Rumah salah seorang team GRB, Sdr Malik di kg Sayong Lembah telah mengalami banjir yang hampir menenggelamkan rumah beliau. Dengan kerjasama beberapa ahli kelabGRB kerja-kerja membantu berjaya dilakukan den gan baik sekali
Pemandangan dari atas jambatan sayong....Safari Resort tenggelam hampir mencecah aras dua.

Gerakerja memindahkan barangan bisnes Malik dr setor yg semakin dimasukki air
Kerja memindahkan barangan di rumah dan setor barangan Sdr Malik dilakukan sejak tgh hingga ke petang....di Kg Sayong K. Kangsar.
Kereta antik ni pun perlu diselamatkan
Lewat petang kami berkejar pula ke kawasan Tanah Lepan....rumah Wak Wer. Kelihatan air melimpah di kawasan kgh. Ketika ini air naik hampir 5 inci sejam.
Antara kelengkapan yang kami bawa bersama ialah sebuah bot kecil....padan sungguh dgn kembara Man Sifu.
Lewat malam selepas bertugas membantu memunggah barangan bantuan di Pusat NGO Amal Kg Sayong kami (guWa, Man Sifu, Adani dan anaknya, serta Re) beredar balik.
Tapi guWa terpaksa bergegas bersama pengetua ke sekolah SMKSTA Manong......Dewan sekolah dah jadi pusat pemindahan mangsa banjir. Bantu apa yang patut.
Warga emas (mangsa banjir) yang baru tiba di pusat penempatan dewan sekolah ini. Penyudahnya lewat tgh malam baru guWa pulang ke rumah.
Menjadi sejarah setelah banjir besar 1972 (paling besar 1967) setelah 40 tahun...Manong akhirnya menerima banjir yang luar biasa. Kawasan sekitar persisiran sg perak mengalami banjir yang teruk.
Ni sebuah chalet di Kg Guar....ramai memasang jaring kat ha.laman ini...jenuh berikan.
Hari ke 4 banjir..ke pusat penenmpatan banjir Kg Sayong K. Kangsar....menziarah buat kali ke2 mangsa banjir (ibu Malik @ emak saudara guWa)

1 ulasan:

  1. Blackjack, Roulette and Sic Bo - Mapyro
    Blackjack, roulette 통영 출장안마 and Sic Bo is a casino game similar to traditional blackjack. Players 전라남도 출장안마 choose the 계룡 출장마사지 dealer's 아산 출장샵 side 광주광역 출장샵 or their side. When players attempt to

    BalasPadam

INFO GENG GRB.Com