Khamis, 3 April 2014
Tragedi Bubu...Misi SAR Berakhir Dengan Kesedihan.....
OPERASI HARI KE DUA 17 MAC 2014 ISNIN.
Jam 8.30 pg....semasa sarapan kami membuat perbincangan dengan Zamri, Re, Wak, Adani, guWa dan Man Sifu....sempat kontek geng kg. Zaha, Mat dan lain-lain supaya siap sedia utk operasi SAR.
Kami akan bermotosikal dan lengkap dengan ration ringkas serta chainsaw utk cuci trek (senang motor dan 4x4 nak naik)
jam 9.45 pagi..panggilan dari rakan Jab Hutan minta segera hadir untuk operasi SAR bersama...unit JPAM, Jab. Hutan, Rela, Bomba. guWa dah approve cuti CRK dgn boss...gitu jugak Man Sifu dah approve cuti...nasib baik bossnya sporting hari ni.
Jam 10.15 pg. kami..team GRB.Com (Man Sifu, guWa, Zaha, Zamri, Mat, Anuar, dan Sham) memulakan pergerakan mendaki setelah melaporkan diri dan team di khemah operasi Jab Bomba serta mengadakan sedikit perbincangan dengan pengarah operasi SAR dan pihak bomba. Melihat mereka team SAR lain masih sedang brief kami bergerak dahulu.
Dalam perjalanan kami bertembung dengan team jab hutan...membersihkan laluan...ini memudahkan laluan 4x4 dan motosikal.
Dengan kerjasama jab hutan dan geng kami...cepat saje 3 rimbunan pokok tumbang dapat disetelkan. Ini memudahkan trek untuk motor dan juga laluan 4x4 untuk naik. Tak lama kemudian team dari pelbagai anggota (rela, jpam, jab hutan, bomba dan org awam)agak seratus orang lebih... tiba di starting point. Mereka berpecah kpd banyak kumpulan. Kami berpecah dua, Zaha dan Mat membawa team jpam dan rela membelah jejak tepian sg gading menuju ke pulau gading dan seterusnye menyusuri sungai hingga campside 2 di sg gading. Man Sifu bercadang utk mendaki air terjun sebelah sungai asap menongkah arus membelah sebelah kanan trek hingga ke lubuk biru....jaraknya mahu 4 jam untuk ke lubuk biru. Oleh kerana tiada kemudahan alat komunikasi dan risiko keletihan kami menukar strategi. guWa dan masuk 2 hari tak tidur, gitu jugak Zamri....dah rasa longlai...tapi hati ni masih bersemangat untuk mencari pelajar yg sesat ni, harap dpt ditemui secepat mungkin, sebab hari dah masuk hari kedua mereka gagal ditemui...tentu mereka amat lapar dan keletihan.
Akhirnya kami menukar trek laluan mendaki ke kem sg gading....kemudian membelok meredah kiri trek... melintang ke arah campside 1 di pulau gading. Hari semakin meninggi...kami amat letih (guWa dan Zamri sebenonye...yg lain okey lagi) kami rehat utk solat zohor....dan bercadang nak melelap mata dalam 1/2 jam sebelum bergerak semula.... sempat masak kopi dan nasi....mat rupanya sempat berpatah balik dan masuk ke troupe ini dan sempat mencari ikan tengas untuk buat lauk makan tgh.
Tak lama lepas zohor helikopter penyelamat bomba berlegar rendah atas kami...hingga menerbangkan daun dan ranting kepada kami...risau juga kalau kalau pokok tumbang. kenapa asyik berlegar dan berhenti atas kami....ooooohhh rupanya asap dari api masakan kami barangkali diingatkan isyarat s.o.s. dari kami.....
cepat cepat asap di padam dan mengisyaratkan tangan "tiada mangsa di sini"...helikopter terus beredar.
Jam hampir 4 ptg.....hari semakin gelap, tanda hujan bakal turun. Bunyi letupan mercun dari kumpulan lain memecah suasana...gegaran helikopter masih terus membelah ruang udara persekitaran kaki bubu. Adakah mangsa sudah ditemui?
Jam 4.30 kami meneruskan operasi...tetapi kali ini menukar arah menyusur tepian sungai gading. Mengikut arahan peg. operasi semua kumpulan mesti keluar dari trek apabila jam 5 petang.... kami akur hari lewat petang dan hujan makin turun dengan sesekali lebat. Kecewa jugak gagal mengesan mangsa...sepanjang perjalanan turun bertemu dengan kumpulan kumpulan lain...semua berita sedih gagal ditemui....
Lewat jam 6 ptg kami sampai ke base ulu kenas...dan memaklumkan hasil operasi ke pegawai bomba bertugas.....
geng dari jpam dan rela bertanya banyak soalan....nak jawabpun tak ada mood. Bertemu dengan dengan pesuruhjaya PAS Perak dan kumpulan unit amal...memberi sedikit hasil maklumat operasi....6.30 ptg. geng GRB.Com besurai balik dalam keletihan dan kecewa.....kerana semua team yang naik hari ni masih gagal menemui mangsa...harap-harap ada team lain yang menemui mereka segera.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan