Rabu, 2 November 2011

BANJIR OH BANJIR.....



Setakat ini pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan melalui agensi-agensinya telah melakukan segala persiapan bagi menangani permasalahan banjir yang dijangka bakal melanda negara kita tak lama lagi. Parti-parti politik juga telah mula menggerakan persiapan pasukan bagi persediaan membantu mangsa banjir. Kalau lihat di Thailand hampir berbulan lamanya mereka menghadapi banjir besar dan amat perit dilalui oleh rakyatnya. Kalau keadaan yang sama melanda negara kita tak taulah bagaimana agaknya keadaan rakyat kita nanti. Apa pun persiapan perlu dilakukan dari sekarang. Bagi kawasan yang rendah (pesisir sungai khususnya) persiapan perlu dilakukan dari sekarang.

Pengumunan: Kepada semua Team GRB.Com yang berminat untuk turut sama dalam gerakerja membantu mangsa banjir, boleh menghubungi GuWa mendaftarkan diri berkhidmat khususnya dalam masa cuti sekolah ni. Persiapan untuk tugasan ini akan dimulakan apabila sekolah mula bercuti...dan akan bergabung dengan team amal yang lain membentuk pasukan yang besar. Jangkaan tugas di sekitar negeri Perak dan Kedah. Kepada sesiap yang berminat juga boleh menghubungi GuWa. Ok adiosss....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INFO GENG GRB.Com