Isnin, 12 September 2011

XPDC 4x4 Terjah Jalong

Sabtu 10 Sept dan Ahad lalu xpdc jom terjah tengas bermula kembali. Kali ni lokasi adalah melalui pos-pos orang asli Jalong Tinggi menuju ke kaki Gunung Korbu. Sayang sekali plan A dibatalkan kerana buat masa ini ada gangguan 'orang besar'. So terpaksa lah buat pelan B...jarak agak dekat sikit le sikit dan pastinya hasil terjahan tidak banyak sangat....takpelah janji boleh overnight.
Kali Team GRB.Com bersama Team 4x4 Gamuda Sg. Siput membuat terjah tengas di Ulu Jalong Tinggi. 4 buah 4x4 dengan 16 orang bergerak menyusur laluan pos asli jam 12.30 ptg.


2 jentera 4x4 pajero Man Sifu dan Ford Ranjer Zamri sedang menunggu Team Gamuda sampai. Lepak dulu kat tepi jalan Jalong.


Setelah meletakan kerenderaan 4x4 di rumah tok batin dengan bayaran parking....team xpdc memulakan perjalanan berjalan kaki. Kali ni untuk menuju lokasi agak terbalik sikit. Pergi banyak menurun...tapi balik banyak mendaki.

Selepas 20 minit menuruni bukit curam, ni antara air terjun 3 lapis yang tercantik di temui.


Berehat yang pertama setelah menuruni bukit yang amat tinggi.



Haiya...ni apa balu sikit nyalan sutah manyak letih maaa... baru sampai kem 1....jauh lagi bro....


Selepas berehat sekeita di kem 1 laluan diteruskan dengan meredah laluan sungai. Batu2 kat sini amat licin dan aliran air yang amat deras cepat meletihkan pergerakan team.



Setelah puas meredah denai dan sungai...team xpdc tiba di lokasi....kira boleh lah...tak ada pilihan lain. Baru je sampai, belum apa2 kita orang dah kena belasah dengan hujan lebat.
Dalam masa tu tugasan tetap perlu dilakukan...takut hari malam nanti gelap. Benda penting kena buat dulu adalah port memasak....ni lah port memasak dan barang dapur hasil kejuruteraan yang diketuai oleh Man Sifu. Lepas pekena 'yangat' baru le sibuk mendirikan port khemah memasing.



Zamri dengan gaya ala-ala rambo antara yang tidak sabar melihat deruman jeram. Walaupun lepas hujan air pekat likat namun terjahan pancing tetap dilakukan. Hasilnya 'ramai'lah cengkerik yang terbunuh bagi ikan makan....tuah belum berhasil bro...sabo..sabo...



Si Mei ni sejak dari dulu mana2 xpdc kegemarannya adalah mempromotkan hasil terjahan kengkawan....sapa lagi nak promot kannnn.... tu yang timbul ayat glamour lu " ni bukan nak kata, tapi orang kata le" keh keh keh.


Sebahagian dari hasil terjahan di lubuk ini. Ishhhh Guapun teruja juga ni....


Aliran air walaupun pekat macam teh susu....tapi dibawahnya lubuk singgahsana sang raja ikan...spesis air tawar yang terhebat di rimba maya ini....pegrhhhh...


Dah cukup semalaman yang tidurnya tido-tido ayam...apa taknya ramai beralas air hujan. Masa untuk bergerak pulang. Lagi cabaran yang terpaksa dilalui...meredah dan cross sungai sambil carry bebanan yang makin berat rupanya.



Si Zairul ni pantang tejumpa deghoyan...habisssyhhh dibelasahnya. Syedappp le pulok...tak ape syeme pun bukan lalu makan banyok-banyok.


Laluan balik yang paling memeritkan. Ramai yang terasa nak tercabut kaki. Dengan bebanan beg (banyak pakaian basah) sampai merangkak kaki tangan (nama lagi xpdc 4x4) mendaki pada kecerunan 75%...pada jarak 200 meter....pegrrghhhh...sampai la ni kaki goyang lagi wa cakap lu....mendaki gunung pun tak terasa sengal macam ni...Tu namanya usia dah makin tua la bebbbbb.



Bergambar kenangan dan meraikan kejayaan xpdc....alhamdulillah selamat tiba. Harap selepas ni tak ada yang serik untuk xpdc seterusnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INFO GENG GRB.Com