Rabu, 28 Disember 2011

XPDC BERAKIT SUNGAI PELUS 2011

Sekali lagi GRB.Com mengadakan XPDC Cabaran Berakit Sungai Pelus pada jarak laluan sejauh 25 km dalam tempoh lapan jam, melalui laluan sungai yang dalam dan deras, banyak berliku dan berjeram berlangsung baru-baru ni. Ia bermula dari Kg. orang asli Kuala Chenein ke Pasir Kandang Kg. Jawang. GRB.Com terdiri dari 11 orang dan team Kelab Rekreasi Gamuda 5 orang.

Wa tabik kat bro ni...dengan ciptaan compressor mpengepam angin untuk tiub pelampung...cayalah...


2nd cheff sibuk dengan persediaan peralatan memasak.


"2 jurutera" bahagian tali sedang bertungkus lumus menyediakan tali pengikat.


Gerakerja membina rakit. Bermula jam 4.30 petang siap pada jam 2.30 pg. dengan penggunaan 80 batang buluh, dan 30 biji pelampung besar.



Sessi taklimat dan persiapan sebelum berlepas.


"Rakit Kargo" mempunyai keistimewaan 9 biji pelampung dan berenjin Suzuki 2.2hp digunakan khusus membawa muatan makanan dan peralatan dengan jurumudi Man Syifu.


Sebahagian daripada para penduduk orang asli yang menghadiri sessi pelancaran xpdc berakit.



Tu dia boss Gamuda...haa... letih sakan le tu.... ni masa rehat makan tengahari.






Yesssss....dah sampai. XPDC penuh dengan cabaran dan ranjau...selama 8 jam.


Port baik punya. Jeti Pasir kandang Kg Jawang we all landing...cheff terus berperanan menyediakan minum petang. Dah letih cicah biskut dengan teh tarik...eeemmmmmpphhh...tarak ubat wa cakap lu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INFO GENG GRB.Com