Rabu, 23 November 2011
Sg. Pelus Rafting Challenge 2011
XPDC: SG PELUS RAFTING CHALLENGE 2011
TARIKH: 17 DAN 18 DISEMBER 2011
ANJURAN: KELAB GRB.Com
TARAF PENYERTAAN : OPEN
TEMPOH: 2 HARI 1 MALAM
JARAK: 21 ATAU 32 KM.
LOKASI: KUALA CHENEIN TO JAWANG ATAU K.KANGSAR.
Cabaran laluan berjeram dengan saiz kedalaman air dan selekoh laluan air sungai yang mencabar dan berbeza-beza menanti anda. Kapasiti 4 ke 6 orang bagi satu unit.
Taklimat xpdc akan diadakan awal Disember. Tunggu maklumat lanjut. Untuk daftar lanjut hubungi dgn SMS 0135136117. Penyertaan Terhad 30 orang sahaja.
Jumaat, 18 November 2011
XPDC SG. KEDAH
CUTI SEKOLAH NI PELUANG TERBAIK UNTUK XPDC 4X4 KE SG KEDAH KAT BANDING. BERITA SETERUSNYA AKAN MENYUSUL. SO SIAPKAN JENTERA UNTUK CABARAN NANTI.
Rabu, 2 November 2011
BANJIR OH BANJIR.....
Setakat ini pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan melalui agensi-agensinya telah melakukan segala persiapan bagi menangani permasalahan banjir yang dijangka bakal melanda negara kita tak lama lagi. Parti-parti politik juga telah mula menggerakan persiapan pasukan bagi persediaan membantu mangsa banjir. Kalau lihat di Thailand hampir berbulan lamanya mereka menghadapi banjir besar dan amat perit dilalui oleh rakyatnya. Kalau keadaan yang sama melanda negara kita tak taulah bagaimana agaknya keadaan rakyat kita nanti. Apa pun persiapan perlu dilakukan dari sekarang. Bagi kawasan yang rendah (pesisir sungai khususnya) persiapan perlu dilakukan dari sekarang.
Pengumunan: Kepada semua Team GRB.Com yang berminat untuk turut sama dalam gerakerja membantu mangsa banjir, boleh menghubungi GuWa mendaftarkan diri berkhidmat khususnya dalam masa cuti sekolah ni. Persiapan untuk tugasan ini akan dimulakan apabila sekolah mula bercuti...dan akan bergabung dengan team amal yang lain membentuk pasukan yang besar. Jangkaan tugas di sekitar negeri Perak dan Kedah. Kepada sesiap yang berminat juga boleh menghubungi GuWa. Ok adiosss....
Langgan:
Catatan (Atom)