Operasi menyelamat peserta Kadet Polis STAR Ipoh berlangsung malam minggu lepas. Syabas atas kesediaan dan kerjasama Team GRB.Com dalam operasi tersebut.
Berikut rentetan operasi menyelamat tersebut:
Jam 4.25 ptg: Pusat operasi GRB.Com menerima panggilan kecemasan daripada guide
pendaki
(Awe - Guru Kadet Polis STAR Ipoh )Jarak 8 jam perjalanan dari BTN Ulu
Kenas.
" Minta bantuan kerana 2 pelajar kritikal diserang tebuan tanah pada
jarak 1 km daripada puncak Gunung Bubu. Kami dalam perjalanan turun
pulang. Jangka sampai ke BTN jam 10.00 malam" - Berita terima... roger.
Jam 4.30 ptg: GRB.Com memaklumkan pada ahli2 berita tersebut.
Jam 4.55 ptg: Memaklumkan kepada pihak ambulan KK supaya bersedia di BTN jam 9.45
mlm.
Jam 5.30 ptg: Team GRB.Com berkumpul, mendapatkan maklumat dan merancang kaedah
operasi menyelamat.
Jam 6.00 ptg: Team 4x4 (Man Syifu,Zaha dan Lee Otai) dengan 4x4 Pajero telah bergerak
dahulu naik ke lokasi laluan balak terakhir bagi tujuan 'stand by'
Jam 6.15 ptg: Memaklumkan kepada pihak bomba meminta bantuan. Bomba janji hadir dan
minta Team GRB.Com tunggu di BTN Ulu Kenas untuk naik mendaki bersama.
Jam 6.55 ptg: Setelah membuat persiapan team cup cross (Gua, Along dan Abro) bergerak
ke BTN Ulu Kenas.
Menunggu pihak Bomba hampir 1/2 jam di BTN Ulu Kenas.
Jam 7.35 mlm: Memaklumkan kepada pihak polis-balai KK.
Jam 7.45 mlm: Selepas taklimat ringkas kepada bomba, mula mendaki bersama bomba(4x4
helux) dan cupcross.
Jam 8.05 mlm: Tiba di lokasi "akhir jalan balak" bertemu dengan team pajero dan
beberapa lagi ahli GRB.Com yang lain( Wak Zamzuri, Zamri dan Re)
perbincangan ringkas bersama team GRB.Com dan bomba diadakan.
Jam 8.10 mlm: Keputusan diambil: Akhirnya Gua bersama 3 orang
lagi team GRB.Com (Lee Otai, Zamri, dan Re) bergerak naik dengan 4
cupross bagi tujuan menyelamat. (Team pajero dan bomba stay di lokasi
"akhir jalan balak"
Pergerakan cupcross agak sukar kerana baru hujan lebat pada
petang tadi. Dalam keadaan malam dan laluan licin pergerakan menjadi
agak perlahan kerana perlu berhati-hati. Beberapa kali antara kami
terbabas dan terjatuh.
Jam 10.05 mlm: Akhirnya Kumpulan pendaki ditemui di Kem 1 (Sg. Gading -2 jam
perjalanan dari BTN Ulu Kenas)dalam keadaan
amat keletihan dan tidak bermaya setelah mengharungi jarak perjalanan
yang begitu jauh. 2 mangsa serangan tebuan tanah ditemui dalam keadaan
serius dan mengalami bengkak dan lebam serta lemah kerana menahan
kesakitan yang begitu lama. Terima laporan kes dan perbincangan di
lakukan bersama Awe Ezani (Guru Kadet Polis STAR)tekong guide XPDC
Adani (Otai SM Teknik)dan guide yang lain.
Jam 10.10 mlm: Mangsa dibawa turun menaiki cupcross. Perjalanan lebih sukar dan perlu
lebih berhati-hati, disebabkan track licin dan jarak penglihatan yang
terhad.
Jam 11.20 mlm: Mangsa di serahkan kepada pihak bomba yang sedia menunggu di lokasi
"akhir jalan balak"
Jam 11.40 mlm; Mangsa di selamat diserahkan kepada pihak ambulan yang sedia menunggu
di BTN Ulu Kenas. Turut sama hadir membantu ramai anggota bomba, JPAM,
medic dan polis. Mangsa dibawa keluar menuju ke hospital KK. Terima
kasih kepada semua team GRB.Com yang terlibat dalam operasi kali ini.
# Dengo cerite 2 hari jugak le mangsa dirawat di hospital KK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan