Isnin, 11 Januari 2010

XPDC RINTIS RIMBA ULU GUAR

Ni la Honda TZR 400cc ditungga oleh Din. Banding ngan SRX wa sebelah tu bagai burung kelicap ngan burung kasawari. Apa pun lu orang boleh sampai wa pun sampai jugak. Ada ketikanya macam kat trek denai kapcai cross macam guaorang la kongker. Apa...haaa luorang jangan panas telinga gua, nanti terjojol KLX sebulan dua ni baru tau. Wa dengar ada tiga 4 orang nak terjah KLX. Wa cakap lu.... kalu lu orang terjah wa pun terjah juga wooo...

Antara tinggalan 'purba' yang terdapat di kawasan tersebut.







Masa wa nunggu geng lain yang belum naik tu, sempat diorang ajak gi tengok batu mesjid yang jadi icon nama tempat tu. Batu ni bentuk kubah mesjid dengan ketinggian 60 kaki lebih bersaiz padang tennis. Ada cerita purba disebalik nama tersebut. Nanti wa akan cerita akan datang.



laluan yang terpaksa ditempoh. Pokok tumbang dan tanah rebak biasa la sume ni. Shifu baru aje membelasah pokok tumbang ngan chainsaw.




Deruman lubuk tengas paling mendebarkan kaki nyentok. Sangat jarang dan udah lama bebeno tak ditemui orang, ishhh...ate bila lagi luworang nak nyentok nih...





Ni lah antara lubuk tengas yang menjadi dendam pemburu tengas. Masa kita orang sampai ari tu, hoo..yooo...wa cakap lu nala-nala dia punya saiz kelibat dalam ayo tu. Tapi apa kan daya 'seponet' haram sapa pun idak ada bawa mata pancing.

Hisyam sedang ambil nafas selepas melepasi bukit mesjid. Jentera 25cc pun kantoi tergolek dengan bukit mesjid.





Jan dgn jentera KIP 150cc pun kantoi 3 kali ngan bukit ni. Terpaksa ditolak. Tu kalu naik. Masa nak turun pulak mintak jangan le ari hujan, kalu hujan haaa..makan tanah tergolek mau jadinya.





Abang Wahab aje yang selamat dengan gaya sempoi melepasi Bukit Mesjid




Inilah cabaran paling getir dengan kecuraman 45 darjah sejauh 150 meter, dgn laluan bertanah liat (paling bahaya kalu jalan basah) kat sini jentera kecik ke beso ke belum tentu selamat. Nama tempat ni Bukit Mesjid atau Bukit Batu Mesjid. Wa sendiri tercungap minta nyawa wo...tolak moto separuh jalan.




7 buah jentera dalam cubaan meredah rimba ulu guar. Dari kiri abang Wahab dengan Kawasaki KIP 150cc ubahsuai scembler, Jo Pomen (Pesara Tentera) dgn Honda Herrycane ubahsuai, Jan dgn Kawasaki KIP150cc ubahsuai, Hisyam dgn TSR 250cc, Man Shifu dgn Honda EX5 110cc, Wa dgn Yamaha SRX 115cc ubahsuai dan Din dgn TXR 400cc. Dalam cuaca sederhana lembab jentera berjaya juga sampai ke deswtinasi.



Cubaan riki laluan ke rimba ulu guar telah dilakukan jam 12.00tgh 10/01/2010 Ahad semalam. Setelah cubaan pertama gagal pada bulan lepas, dengan 7 kenderaan motorsikal jenis cubcross dan scrembler berkuasa tinggi (Kawasaki 400cc) membelah kesunyian hutan menuju tapak kem site yang dicari.



Setelah mengharung cabaran getir selama 1jam 40 minit akhirnya wa ngan geng sampai menemui tapak kem yang akan dituju pada hujung bulan ni nanti.


Bila sampai wa dah le sarapan kuih aje, terasa perut kebulur. Bila tengok air je subhanallah...ikan tengas wa cakap lu punya le banyak saiz nala-nala A wa cakap lu. Wa nak bagi tau skali lagi ngan lu orang aaa...ikan tengas memang banyak dan saiz A punya. Tapi paling hangin rasanya dah apa benda makan pun tak bawa, sorang pun tadak bawa mata pancing. Dapat nengok aje ikan aje le.Niat tu memang nak riki aje ...hah...riki aje le yang dapatnya. Tempat tu memang agak lama tak dikunjungi orang, lagipun agak jauh dan tinggi cabarannya. Pakai motor tu kira tahan le nak pegi, kalu jalan kaki mau 3 jam lebih baru sampai.
So sifu kata hujung bulan ni xpdc memburu tengas kita akan dijalankan. Paling tidak mesti ada moto cub dgn tayar cross. Cabaran 2 kali ganda ulu jeliang. Ok prepair la jentera lu orang kalu nak joint. Cabaran trek memang syok giler punya, tempat kem site memang sejuk punya.



Ok lu orang tengok le rakaman wa ni.







































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INFO GENG GRB.Com