Selasa, 19 Februari 2013

XPDC Tawan Puncak Irau Bersama Team GRB.Com dan Votek Pdg Rengas

15 hingga 18  Feb. 2013, XPDC Tawan Puncak Irau merupakan xtvt kedua selepas offroad challenge.
3 hari 2 malam mengharungi cabaran dalam suasana amat menyejukkan.
Pemandangan sepanjang laluan  ke Gunung Brincang dan Irau Cameron Highland...tanaman teh Boh Plantation.
Tekong utama bagi XPDC Tawan Puncak Irau sapa lagi kalau tak otai 'Mc Gyver' Adani dari geng Votek Padang Rengas.
Menu hebat malam pertama....segala macam makanan.
Para chef sebuk dengan persiapan sarapan pagi...diketuai oleh chef Wak Zam.
Anggota GRB.Com sebuk bersiap2 sebelum mula mendaki.
Berbaju sweter merah, Mr Andrew (dari California) merupakan ahli jemputan dalam cabaran xpdc kali ini.


Regangan otot dan bacaan doa sebelum bermula xpdc.
 Aksi menarik sebelum memulakan langkah mendaki. Lu ambit gambar wA...wA ambit gambar lu...ha..ha..ha
 Oppsss... ambil gambar dulu....bersama Aweluddin...taiko otai dari Lenggung.
 Perjalanan pendakian mengikuti jejak boder line antara Pahang Perak hingga ke puncak.
 Aras nipun dah sejuk mencengkam tulang.

 Laluan berbecak, akar bersilang paut, bukit menjunam adalah laluan biasa ke irau ni.
Perlu berhati2....bukit licin.

 Puncak Irau 2110 meter dari aras permukaan laut.
Sampai puncak jam 5.45 ptg.


Woooo...sejuk wA cakap lu.....menggigil dagu...jari kebas menggigil.









Esoknya balik jam 11.00 pg dan wA sampai dengan speed orang muda, wA sampai jam 1.50 ptg.

Family wA menyambut ketibaan wA turun dari Irau sambil cuti-cuti Malaysia.
So, thank's kepada semua rakan2 atas kerjasama dalam xpdc kali ni...jumpa lagi.....adiosssss....roger.

Jumaat, 18 Januari 2013

PROGRAM OFF ROAD CHALLENGE 2013

SEPERTI YANG DIJANJIKAN INFONYA ADALAH SEPERTI BERIKUT: SILA MAKLUMKAN KEPADA RAKAN2 DAN KENALAN PEMINAT OFF ROAD. TEPON wA SECEPAT MUNGKIN.

Sabtu, 12 Januari 2013

AT Extrail Buggy....

As Salaaammm... Kemaghin wA dengan Man Sifu dan Otai Zaha...buat riki off road untuk extrail program pada cuti raya cina nanti. Perjalanan +- 1 jam 1/2. Laluan memang terbaek punya....dari jalan kg, masuk kebun getah, masuk kebun sawit (3 ke 4 kali macam tu)dan tembus ke trek balak. Cabaran terbaek menanti lu all semua. Nantikan maklumat berikut dari wA. Ni gambar2 di satu lokasi ban balak wA punya AT buggy, rehat jap sebab memang belasah habih masa buat extrail tu.

Rabu, 9 Januari 2013

TERKINI...DARI ADMIN

PROGRAM MOTORCROSS PADA 27 HB JANUARI INI BAGI PIHAK ADMIN GRB.COM TELAH MEMBATALKAN DALAM AKTIVITI TERSEBUT. PADA TARIKH TERSEBUT wA ADA TEMUJANJI DI SHAH ALAM. SO wA TAK DAPAT JOIN SAMA. SO TERPULANG PADA GENG2 SEMUA. TETAPI RATA-RATA TAK MAHU JOINT SEBAB wA TAK ADA SAMA. OLEH YANG DEMIKIAN MANA-MANA GENG YANG TELAH MENDAFTAR PADA ADMIN SILA AMBIL KEMBALI BORANG PENYERTAAN SERTA WANG PENDAFTARAN MASING2. CALL wA UNTUK PERJUMPAAN DALAM MINGGU TERDEKAT INI. SO MAAF BANYAK-BANYAK. TETAPI.... UNTUK TIDAK TERASA LU ORANG SEMUA FRUST... wA TELAH BERBINCANG DENGAN TEAM LUBUK DAN MAN SIFU AKAN MENGADAKAN "PROGRAM SANTAI JELAJAH RIMBA" PADA CUTI RAYA CINA INI NANTI. JELAJAH BY 4X4, BUGGY DAN MOTOR/CUP CROSS. SEDIAKAN DUIT BELANJA MAKAN JE. SETAKAT NI LEBIH DARI SEPULUH GENG DAH SETUJU SECARA LISAN...OKEY JUMPA LAGI.
INI PHOTO KENANANGAN LAMA.......ADIOSSS...

Isnin, 15 Oktober 2012

Projek Terkini

Projek terkini GuWa sedang bikin sebuah 'rock buggy'. Takat ni kurang memuaskan. Kemarin Wa masuk tayar belakang dengan saiz 15 MT Pajero.....ada gempak sikit. Front wheel ada problem sikit pasal spring sangkut....tak pe nanti nak adjust hub dia pakai skru panjang sikit. Modal dah banyak perabih ni...syok punya pasai. setakat ni kalu drifft kat lapangan dan kebun sawit memang best la jugak.

Jumaat, 15 Jun 2012

AKTIVITI RAFTING CABARAN JERAM SG ITEK GOPENG

Pada 30 Jun InsyaAllah akan diadakan aktiviti rafting. Pada yang berminat sila hubungi GuWa.

Selasa, 24 April 2012

REHLAH KELAB STAFF SEMESTA DI TANJUNG GADING

KALAU TAK ADA ARAL MELINTANG....KELAB STAFF SEMESTA MANONG AKAN MENGADAKAN REHLAH TERJAH LUBUK TENGAS DI TANJUNG GADING PADA SABTU 5 DAN 6 MEI NANTI. KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI GuWa. Transport bebas, ada menunggang MTB, cupcross dan jalan kaki. Persiapan dan kelengkapan macam biasa - cara individu. Team GRB.Com macam biasa akan bergerak dahulu untuk tujuan repair jambatan dan membuang halangan pokok tumbang.

INFO GENG GRB.Com