Selasa, 21 Jun 2011

'OPERASI TITI'

Ahad lepas 'Operasi Titi' oleh team GRB.Com berjaya membaiki 3 buah titi sepanjang track ke Sg. Gading. Ini sebagai persiapan XPDC Sg. Gading/ Bubu bersama Jabatan Alam Sekitar dan Kelab Beruniform SMKSTA pada 24 hingga 26 Jun ini. Track ni dah lama tidak dibaiki, hampir berbelas rimbunan pokok tumbang yang perlu di potong dan dibersihkan, begitu juga dengan laluan yang semakin ditutupi oleh semak samun. Tapi yang paling mengancam adalah di Sg. Gading terdapat 'Twin Tower' yang telah mati dengan ketinggian melebihi 100 kaki. Kepada peserta camping dinasihatkan menjauhi daripada berkemah hampir di kawasan tersebut. Namun sentuhan dan deruman air di Sg. Gading tetap menampakkan kilauan 'tengas buruan'. Nantikan terjahan minggu depan.....jommmmkitaaaa.








Selasa, 14 Jun 2011

Misi GRB.Com ke XPDC Sg. Gading/Gng. Bubu

Kalu tak ada aral melintang Team GRB.Com akan mengharung rimba banjaran larut pada 24/25/26 Jun. Kali ini gua, man syifoo, wak, re, mat, azani akan mengharung cabaran tugas sebagai guide tracking bagi program jelajah anjuran Jabatan Alam sekitar/Jabatan Hutan dan Bomba beserta VIP bersama 20 pelajar SMKSTA Manong dan AJK PIBG.
So... pada team GRB.Com pastikan jentera dan kelengkapan diprepaire sebaik mungkin.
Pastikan kelengkapan individu dibawa:
i. khemah individu (single/double)
ii. golok parang
iii. lampu suluh
iv. sleeping bag
v. set kutleri (pinggan cawan)
Cadangan: (tambahan)
1. Man syifoo- chainsaw (besar)rantai basikal/motor.
2. Gua - chainsaw (kecil)petrol/pelincir/tali/makanan
3. Wak - set dapur
4. Re - umpan (siap uli dan lipas/kredek)
5. Adani- Set lampu dan dapur
6. Mat- Jala

Khamis, 26 Mei 2011

ESOK DAH MULA CUTI.....Jom serbu....nak gi mana woooii...

Lusa dah mula cuti.... tapi tak boleh gi memana minggu pertama cuti ni... sibuk ngan kaum kerabat nak kawin, kejap ke utara kejap ke selatan le pulak. Apapun jentera tetap siap sedia. Minggu kedua ada 2 lokasi terbaru menjadi terjahan kru GRB.Com... tungguuuu........

Jumaat, 20 Mei 2011

TEMPAHAN BAJU T GRB.Com





Okey....untuk geng2 GRB.Com tempahan baju T buat di buat sekarang. Lu sume tengok dulu design ni....okey chow dulu

Khamis, 28 April 2011

Ahad 1 Mei 2011 Jam 5.30 Ptg.




Ahad ni ada trainning/pandu uji jentera cupross di Ulu Jeliang. Overnight untuk santai malam dan terjah lubuk tengas.So date tu konfem la yekk.
Motif utama untuk test power jentera dan trainning penunggang baru bagi persediaan pada XPDC 13 Mei nanti- terjah Gunung Bubu/Sg. Gading. So mana yang perlu dan patut2 buat la preperation sendiri.

Khamis, 14 April 2011

XPDC Terjah Tengas - Lubuk Berangin

Cabaran yang ni suspen sikit...makin lama makin reput kayu ni....


Mai...mai...posing dulu....


Dah macam khemah pelarian............


"Teman bukan nak kata le.......yang beso2 je teman pilih..."


Barisan otai kaki perembat lubuk tengas yang tak serik2.

Isnin, 21 Mac 2011

Kem Lubuk Klawo Menjadi Tumpuan Ketika Cuti Sekolah

Pada 12 dan 13 Mac awal cuti sekolah minggu lepas Kem Lubuk Klawo GRB.Com terus dikunjungi lagi oleh peserta perkemahan. Kali ini dari 33 Ahli Pengakap bersama hampir 10 orang guru penasihat SMK Tajul Ariffin Manong. Banyak aktiviti dijalankan


Aktiviti yang dijalankan antaranya mendirikan khemah, membuat gajet, perbarisan, ikatan, memasak, masakan rimba, malam kebudayaan dan pertandangan memancing.




Aktiviti kemuncak seperti biasa, sentuhan PakCu dalam aktiviti junggle tracking. Laluan kali ni memang hebat dan mencabar, sepanjang perjalanan ada ilmu baru yang dicurahkan, seperti bagaimana menjerat binatang, menghidupkan api, membina tempat berteduh dan memasak makanan dalam situasi kecemasan. Photo yang ni dah relaks sikit laluannya, menempuh laluan balak.




Peserta beristirehat seketika di anak sungai ketika aktiviti juggle tracking.


1 km dari jarak kem peserta dikehendaki menjalani aktiviti kecemasan. Kendong anggota yang cedera dan usung sampai tiba ke kem.



Okey, semoga anda semua berpuashati. Selamat berkunjung lagi ke Kem Lubuk Klawo grb.com.

Khamis, 24 Februari 2011

Tejahan paling santai

Sabtu kelmarin, terjahan paling santai. Ni kes nak layan geng2 yang dah lama memerap kat rumah, dah gian nak makan tengas. Apa lagi tempat paling dekat, santai siap boleh bawak kete. Tapi kali ni wa bawak lori terus jadi port alatan dan tempat tidur. Baru dia orang tau, dekat2 pun dia punya rentapan dan gegaran cagutan tengas kali ni mampu meredakan rindu yang terlampau. Wa ka..kaa...tapi ada juge yang kecundang dalam misi kali ni...tanya Wak Zam, apa yang gagal. Tapi misi "bercerita" dah tercapai.



Baru sampai ni kira nampak ikan belasah aje. Takat 2 ke 3 jari pantang nampak belasah je, janji boleh buat goreng makan malam.







Wa malas le over sangat, so sajae bagi deme tu layan dulu, wa buat dekkkk je, tengok sape dulu dapat lesen.

Dalam buat-buat dek tengok le pancing sape yang bergegar kome wehhhh, sekor...sekor ...naik nye weh...





Malam tu kita orang belasah le pulak beberapa ekor lagi buat bakar lauk makan malam. ate menjadi le pulak malam tu. Tu mamat 2 orang ni sedang eksyen le tu, dapat ikan.

Khamis, 17 Februari 2011

sElaMaT peNgaNtiN bArU

GRB.com mengucapkan selamat menikah lagi pada salah seorang geng. Tahniah dan SYABASSSS....haram nak bekabo pada kengkawan, tahniah.



siapalah kita2 yang duduk kat kuale ni....maklumlah dah jadi orang Ipoh....tak main le outdoor2(overnight/cupcross) nih...Ipoh Mali lagi hebat...

Rabu, 16 Februari 2011

Terjah Lubuk Gading

Jom terjah kali ni menerjah lubuk gading. 2 1/2 jam perjalanan cupcross memberi cabaran yang amat menyeronokan. Campside memang strategik dan view yang kira okey la... team Teknik tiba awal. So masa wa dengan Awe tiba terus ngeteh dan pekena cokodok pisang....cayalah lu sume.....si-fu tiba lewat, bawa chainsaw apalagi habis poko tumbang kena belasah.
Seperti biasa cabaran kali ini melalui titi kayu dua batang. Silap perkiraan jamin lu orang jatuh punya. Apa pun dengan kerjasama yang mantop semua beres dan selamat.





Hasil kali ni hebat, amat memberangsangkan sampai tak cukup umpan. Beberapa lokasi lubuk baru berjaya di kesan, pastinya bakal dikunjungi lagi.




Isnin, 14 Februari 2011

KHIDMAT GRB.Com. bersama pelajar SMA Raja Dr. Nazrin Shah Kg. Gajah, Perak

Pagi Ahad 13 Jan. 2011 Group GRB.Com bersama pelajar dan guru Sekolah Agama Raja Dr. Nazrin Shah Kg. Gajah dalam program Jungle Tracking selama 2 jam setenghah.
Nampak enjoy dan gembira sekali kira-kira 90 pelajar lelaki dan perempuan berserta guru mereka. Terima kasih, dari kami Pak Yob dan Pak Chu, hubungi kami lagi jika memerlukan.




Selasa, 2 November 2010

PEEGGGHHHH.....DAH LAMA GIAN NYENTOK NI....

Minggu lepas wa dipelawa kawan wa pergi membelasah ikan...fuyoooo...yang ada spesis tongsan sisik kasar dan halus. Apalagi dah lama bercuti ni, tu yang belasah sungguh...balik wa buat gulai tempoyak....aisehhh tak bole nak ciakap sama lu olang la dia punya lasa, manyak kow woooo...




AMACAM BRO...LU ORANG TAK TERINGIN KE ????

INFO GENG GRB.Com