Kelab Kembara bergabung dengan KGKT Semesta Manong.....tidak menghampakan....xpdc berjalan lancar dan meriah sekali.
Antara barangan yang telah diterima daripada sumbangan pebagai pihak. Terdiri daripada makanan kering dan pelbagai lagi anggaran kos RM 4000. Terima kasih kepada semua penyumbang.
Proses loading barang pada jam 7.30 pagi.
Kenderaan terlibat.
Geng bujang pegerusi KGKT (sebuah Hilux)
Hilux Cgu Meor sekeluarga.
Hilux Helmi sekeluarga
BT50 Teman Sekeluarga
Nissan Vannet Malik Sekeluarga
Nissan X-trail Ust Azhar dan geng bujang, Wish Ustz kudus sekeluarga dan
Axia Hanif sekeluarga. Mantop.
![]() |
| Antara muatan yang dibawa ialah buah tamar hampir RM 3000 |
![]() |
| Pergerakan agak perlahan kerana kerja baikpulih jalanraya menyebabkan masa perjalanan menjadi terlewat. |
| Perjalanan diteruskan ke arah Manik Urai...jarak hampoir 100 km lagi |
| Dalam perjalanan ke Manik Urai konvoi singgah ke suatu kawasan yang jauh pendalaman, Felda Aring 3 yg teruk terkena bencana banjir. hampir 30 km dari jalan utama. |
| Teman terpaksa berpayung ketika menziarahi khemah khemah mereka. Masa makin lewat petang. Perjalanan masih jauh.... |
| Plastik menjadi pilihan termudah untuk mengahalang dari hujan. |
| runtuhan rumah lama dijadikan tempat kediaman dgn beralas plastik. |
| Bangunan surau yang baru dibina setelah hampir 6 bulan bencana berlaku. Mereka amat memerlukan sumbangan dan bantuan bagi menyiapkan surau ini terutama ketika menyambut Ramadhan tak lama lagi. |
| mengagihkan telur masin dan buah tamar kepada penduduk |
Timo Kasih Sain Sobak Tulong Kami...Banjir antara tulisan yang terbentang tanda ucapan terima kasih mereka kepada para penyumbang.
| Sedang mengagihkan pelbagai sumbangan untuk mereka. |
Alhamdulillah lewat jam 10 malam kami bergerak ke Kuala Krai dan seterusnya ke Pasir Puteh untuk bermalam. Badan makin letih....

| Kemudian kami berjalan kaki menziarah makam TGNA dalam jarak 80 M dari kediamannya. |
Lewat tengahari kami (khususnya teman dan Malik) bertemu rakan GRB yang lama tidak berjumpa....ustaz Sayuti. Setelah hampir 4 tahun bertukar ke Kelantan.
Sambil bergerak balik hanya sempat melihat dalam perjalanan sahaja persekitaran Kota Baru. Masa amat terhad.
Lewat 6.30 petang berfgerak dari Tanah Merah menuju ke Jeli dan Grik. selepas Isya di masjid Grik bergerak balik ke Manong dan tiba rumah jam 11.30 malam...
singgah sebentar di puncah titiwangsa.
Alhamdulillah misi berjaya.





