Ha bro kali ni jom terjah tengas membuat terjahan kat lata tanjung gading. Jangkanya lepas ni cuti dulu lepas puasa baut lain. Kali ni pergi 11 orang dengan 9 jentera cupcai dan sebiji KIP Awe. Biasa le naik petang operasi terjah ikan malam le jawabnya.
Kali ni kantoi juga time tak on scedule. Lewat lagi. Tak pe lepak le dulu. Kat base pertama ambil angin dan bergaya dulu. Kalu motor takde tayar offroad cam tu le kena ikat tayar ngan tali dulu.
apa lagi Suhaimi ngan Sayuti ni nak ngejas, bincang strategi le tu. Tau le korang bila naik nanti dia punya track sengsara wooo... Haaa dulu banyak alasan. Nasib baik tak kena keluar dari senarai ranking.
Petang tu terpaksa pulak tunggu Malik sampai lewat. Mamat ni kejap nak gi kejap tak nak. Last-last kat jam 7 Malik tiba(tu kira tak tahan dugaan geng la tu) dan kita orang mula bergerak naik meredah dalam kegelapan malam. Separuh geng yang lain dah naik jam 6 ptg. Payah jugak rasanya malam ni nak meredah bukit ni. Sayuti lagi teruk terpaksa carry Suhaimi. Lu jangan tobat nak naik lagi dah le ustaz. Sampai kat tanjung gading... tu dia tok batin ikan tengas Che Mat dah belasah saiz nala-nala punya tengas buat habuan makan malam. Tu yang bergaya tayang ikan saja eksyen orang lain yang naikkan... woiii janji ada gaya haaa. Apa pun malam tu belasah tengas goreng sampai tak terhabis yob... pas tu esoknya apa lagi tomyam dan tempoyak tengas belasah sampai tonggeng peroyok deme weh...
Dalam perjalan balik halangan besar, pokok tumbang. Chainsaw plak tumpul hayun jugak kalu tidak malam le sampai rumah.
Cabaran kali ni kira hebat juga, titi batang kayu makin hari makin reput dan makin goyah. Perjalanan tetap diteruskan. Waktu balik ada wak dah buat satu posing terbaik...awwwww tolong!!!! hoyoooo...jatuh lubang rupanya. Ramai geng syok nengok, tapi bukan nak tolong ambik gambar dulu dah abih gelak baru nak nolong cissss.... nasib lu la. Lubang tu dah ada jasa pada sayuti ngan re jatuh macam lu juga. Tapi tragedi ketiga-tiganya depan malik...lu ada "geng" apa-apa ka malik!!!
Semua selesai puas hati balik santai. Tapi gua terpaksa lagi sekali macam dulu tarik KIP mamat sorang ni asyik rosakkkkk je. Weiii kalu gua punya dah lama gua jadikan tukun tengas kat tanjung gading tu, pas tu angkat Kawa baru sebiji, baru ada kelassss..... chawww dulu!!!
Selasa, 22 Jun 2010
Jumaat, 4 Jun 2010
XPDC LANG BUANA 2 : Kuala Chenein To Kuala Kangsar
SOROTAN PERTAMA
Tahun 2003 KSRSMC menjelajah lebih jauh dalam aktiviti hard-core, kali berkayak lagi mulai dari Kuala Chenein kat Felda Perlop- arus sungai Perlus yang deras menjadi laluan cabaran kitaorang. Turut sama peserta dari KL dan Sg Petani Kedah dan rakan2 dari Sg. Siput. Penaja dari YB Ahmad Pakir dan individu lain membolehkan program ini berjalan lancar. Juga dari pihak JKR Daerah yang telah tolong hantar kayak, JKK Kg Perlop 3, ... Terima kasih.....
Malam tu upacara membelasah ikan bakar dan ayam panggang. Sampai meleleh air asam kat pipi deme yob. Tu tenggok siap tunduk bauik punya cilok ikan bakar.
At last kita orang sampai Dataran JPS Kuala Kangsar jam 4.15 petang. Terus belasah jamuan bersama keluarga yang dah tunggu sejak jam 3 lagi. Selepas tu majlis ucapan dan penyerahan sijil dan bersuarai hampir 5.15 petang. Hati puas dan seronok tapi badan adussss....sakit sana...sakit sini wooo!!!

Rabu, 2 Jun 2010
LAMA SANGAT REHATNYA NI...
Oh ya sebelum sembang jauh lu orang sume peratikan photo tahun 2 ribu -an ni dulu, lepas tu isi ruang kosong dengan ayat lawak korang. sapa buat ayat paling lawok akan menerima hadiah...kira macam peraduan le ni.Cara nak isi ayat print--tulis ayat--email kat urusetia. Hadiah menarik menunggu anda(set peralatan camping)
Kesibukan masa untuk sebarang aktiviti outdoor menyebabkan blog ni pun jem. Kali terakhir jamuan alumni pada 15 Mei hari tu. Thanks atas kesudian geng-geng rekreasi hadir kelmarin. Sayang sikit tak sempat langsung ambil rakaman gambar.
Untuk catatan ke hadapan ni akan diadakan "SOROTAN KENANGAN LAMA" bagi mengimbau kembali tertubuhnya KSRSMC. Tungguuuu... Mana-mana geng yang tiada simpanan photo boleh download free aje. Ok gua chowww dulu.

Langgan:
Catatan (Atom)