Isnin, 13 April 2015

MISI KE-2 KEMBARA BAKTI GRB 2015

XPDC KEMBARA BAKTI GRB 2015

Team GRB akan mengadakan xpdc kali ke-2 untuk gerak amal bakti ke Kelantan pada cuti pertengahan penggal sekolah bulan Jun 2015 akan datang.
Berikut butiran yg sedang diatur.

XPDC Kembara Bakti GRB-Jubli Emas Semesta 50 Tahun 
Tarikh samada 6,7 dan 8 Jun 2015 atau 3,4 dan 5 Jun 2015.

Tempat berkumpul: Padang Awam Bukit Kerajaan K.Kangsar (hadapan RPK)
Laluan XPDC: Simpang Pulai, Lojing, Gua Musang, Kuala Krai, Manik Urai, Kota Baru dan Tanah Merah, Jeli, Banding, Grik, K.Kangsar.
Tempoh 3 hari 2 malam. (Bermalam di Kota Baru dan Bukit Bunga)
Tujuan:
1. Membuat kunjungan dan menghantar bantuan amal (pakaian solat dan buah kurma) ke tempat tempat mangsa banjir.
2. Sessi lawatan/melancong ke Negeri Kelantan (cuti-cuti Malaysia)
3. Kunjungan ukhuwah  sahabat2 yang tinggal di Kelantan (pertemuan dengan sahabat2 lama sedang diaturkan)
4. Ziarah Khas ke Masjid Pulau Melaka.

Program ini dianjur oleh Kelab Kembara GRB dan juga dianjur bersama Kelab KGKT SEMESTA sempena Sambutan Jubli Emas Sek Sultan Tajul Ariffin Manong ke 50 tahun.

Sehubungan dengan itu, semua rakan rakan GRB yang berkesempatan untuk turut bersama dalam xpdc kali ini. Bawalah bersama keluarga masing masing.

syarat-syarat:
Makan minum, kos bahanapi kenderaan dan penginapan sepanjang xpdc adalah tanggungan masing-masing.
Semua jenis kenderaan boleh menyertai.
Sekian, wallahuaklam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INFO GENG GRB.Com