Isnin, 15 Oktober 2012

Projek Terkini

Projek terkini GuWa sedang bikin sebuah 'rock buggy'. Takat ni kurang memuaskan. Kemarin Wa masuk tayar belakang dengan saiz 15 MT Pajero.....ada gempak sikit. Front wheel ada problem sikit pasal spring sangkut....tak pe nanti nak adjust hub dia pakai skru panjang sikit. Modal dah banyak perabih ni...syok punya pasai. setakat ni kalu drifft kat lapangan dan kebun sawit memang best la jugak.

Jumaat, 15 Jun 2012

AKTIVITI RAFTING CABARAN JERAM SG ITEK GOPENG

Pada 30 Jun InsyaAllah akan diadakan aktiviti rafting. Pada yang berminat sila hubungi GuWa.

Selasa, 24 April 2012

REHLAH KELAB STAFF SEMESTA DI TANJUNG GADING

KALAU TAK ADA ARAL MELINTANG....KELAB STAFF SEMESTA MANONG AKAN MENGADAKAN REHLAH TERJAH LUBUK TENGAS DI TANJUNG GADING PADA SABTU 5 DAN 6 MEI NANTI. KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI GuWa. Transport bebas, ada menunggang MTB, cupcross dan jalan kaki. Persiapan dan kelengkapan macam biasa - cara individu. Team GRB.Com macam biasa akan bergerak dahulu untuk tujuan repair jambatan dan membuang halangan pokok tumbang.

Rabu, 28 Mac 2012

Terjah Lubuk Tengas



Minggu lepas "xpdc terjah lubuk" menggegar lagi. Kali ni terjah dilubuk lata berangin sg gading. GuWa tak dapat pegi pasal injured laaa...so, Mamat (Man) ni memang kaki...bukan kaki je dengan tangan-tangan, badan, kepala, lutut dan telinga hantu ikan. Dia ni ada ilmu memberang. Ini antara beberapa ekor tengas yang di sambarnya.
Jenis : Tengas Batu
Berat: 3 kilo lebih
Cara : menyelam kat lubuk berbatu
Panjang: lebih kurang 2 kaki.

Selasa, 27 Mac 2012

CABARAN MOUNTAIN BIKE 2012



Cabaran 'Mountain Bike 2012' anjuran GRB.Com akan diadakan pada bulan hadapan.
Lokasi Mula: Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar.
Lokasi Rehat: Lata Tanjung Gading, Ulu kenas.
Lokasi Tamat: Hutan Lipur Ulu Kenas.
Tarikh dan Syarat-Syarat: akan diberitahu kemudian.
Tapi yang penting ada basikal la.....kurang-kurang rockbike....
So...dah boleh mula trainning la kayuh-kayuh.....

Jumaat, 16 Mac 2012

XPDC TERJAH GUNUNG BUBU MAC 2012

Geng GRB.Com akan mengiringi team JPAM SMK Tajul Ariffin Manong untuk cabaran XPDC Gunung Bubu 2012.
Tarikh xpdc akan berlangsung pada 23 hingga 25 Mac ini. Pada geng GRB.Com yang akan joint sila hubungi GuWa secepat mungkin bagi tujuan penyelarasan kelengkapan dan masa.

Khamis, 26 Januari 2012

MISI TERJAH AIR TERJUN LUBUK BIRU

Ahad dan Isnin lepas we all buat terjah ke Tanjung Gading dalam 9 orang. Tempat biasa la santai dengan hasil lumayan. Tahap nak makan boleh termuntah wa cakap lu. Sebelah malam lagi dasyat wooo...Re paling lumayan dengan tangkapan saiz yang besar2. Boleh buat habuan untuk family yang berkunjung, dapat merasa raja ikan.

Tapi....wa cakap lu aaaaa...... misi terjah Air Terjun Lubuk Biru lagi power dan paling teruja. Jarak dari kem 45 minit jalan kaki. Lu tengok sendiri le air terjun ni. Ada 3 lubuk kolam aier terjun. Di dalamnya spesis 'king' yang bersaiz 1/2 kilo ke atas.



Apa pun juara ari tu Man Syifu le. Yang ni le Air Terjun Lubuk Biru. (2 jam setengah kalu berjalan kaki dari UK.


Apa pun juara ari tu Man Syifu le.


dan yang ini pertarungan yang agak lama.
Wa malas la nak ulas banyak2,.... lu all tengok sendiri la ye..
..


Ok bulan Februari dan Mac ada dua kali misi ke Gunung Bubu. So kali ni terjahan dengan umpan yang paling canggih pasti menggegarkan Air Terjhun Lubuk Biru....ADIOSSSS...

Rabu, 4 Januari 2012

CABARAN 4X4 BANDING


XPDC Cabaran 4x4 to Sg Kedah Banding seperti berikut:

Tarikh: 22 Januari 2012 ( Bertolak dari K.Kangsar jam 9.00 pg)
Berkumpul di Restoran Kak Bitah (Railway)
Kelengkapan peribadi.
Balik jam 3.30 ptg. Isnin 23 Januari 2012.
Sila maklum /sms untuk keterangan lanjut.

INFO GENG GRB.Com