Khamis, 23 Jun 2011

XPDC Terjah Batu Tradang


Kepada semua ahli team GRB.Com yang joint xpdc:
Esok jam 3 lepas Solat Jumaat pastikan semua telah berada di lokasi hadapan BTN. Team mermotosikal akan bergerak dulu bagi survey track. Team jalan kaki akan menyusul bergerak bersama kumpulan pendaki gunung. Ptg ni Wa nak shopping beli keperluan makanan, so lu orang sume tak payah pikir makanan...tanggung beres.
Jangan lupa umpan 'khas' untuk rentapan kili-kilo punya.

Selasa, 21 Jun 2011

'OPERASI TITI'

Ahad lepas 'Operasi Titi' oleh team GRB.Com berjaya membaiki 3 buah titi sepanjang track ke Sg. Gading. Ini sebagai persiapan XPDC Sg. Gading/ Bubu bersama Jabatan Alam Sekitar dan Kelab Beruniform SMKSTA pada 24 hingga 26 Jun ini. Track ni dah lama tidak dibaiki, hampir berbelas rimbunan pokok tumbang yang perlu di potong dan dibersihkan, begitu juga dengan laluan yang semakin ditutupi oleh semak samun. Tapi yang paling mengancam adalah di Sg. Gading terdapat 'Twin Tower' yang telah mati dengan ketinggian melebihi 100 kaki. Kepada peserta camping dinasihatkan menjauhi daripada berkemah hampir di kawasan tersebut. Namun sentuhan dan deruman air di Sg. Gading tetap menampakkan kilauan 'tengas buruan'. Nantikan terjahan minggu depan.....jommmmkitaaaa.








Selasa, 14 Jun 2011

Misi GRB.Com ke XPDC Sg. Gading/Gng. Bubu

Kalu tak ada aral melintang Team GRB.Com akan mengharung rimba banjaran larut pada 24/25/26 Jun. Kali ini gua, man syifoo, wak, re, mat, azani akan mengharung cabaran tugas sebagai guide tracking bagi program jelajah anjuran Jabatan Alam sekitar/Jabatan Hutan dan Bomba beserta VIP bersama 20 pelajar SMKSTA Manong dan AJK PIBG.
So... pada team GRB.Com pastikan jentera dan kelengkapan diprepaire sebaik mungkin.
Pastikan kelengkapan individu dibawa:
i. khemah individu (single/double)
ii. golok parang
iii. lampu suluh
iv. sleeping bag
v. set kutleri (pinggan cawan)
Cadangan: (tambahan)
1. Man syifoo- chainsaw (besar)rantai basikal/motor.
2. Gua - chainsaw (kecil)petrol/pelincir/tali/makanan
3. Wak - set dapur
4. Re - umpan (siap uli dan lipas/kredek)
5. Adani- Set lampu dan dapur
6. Mat- Jala

INFO GENG GRB.Com