Isnin, 7 Disember 2009

Ni la bentuk laluan xpdc rimba guar

Lu all tengok laluan ni. Ni la track dengan kecuraman 45 darjah dan jarak 150 meter. Ada lebih kurang 3 tempat yang macam ni. Kalu jentera lu all tak ada tayar offroad nagis la lu tolak motor. Ikan camana? Wa tak mau crita la, jom pi dulu. Biasanya saiz-saiz A wa cakap lu.

RAMAI DAH TAK SABO XPDC KE RIMBA GUAR

Wa tengah ni tak boleh nak conform bila nak naik bukit ni, lu all sume asyik tanya bila tarikh nak mula xpdc. Kan apa wa kena tunggu tarikh shifu(tok batin) md shuher. kalu nak ikut wa pun tak sabar ni. SRX wa baru aje overhaul baru-baru ni. Spoket pun dah besar, memang terangkat punya. Lu all kena prepair jentera masing-masing. Bukit yang kita naik ni nanti 45 darjah sejauh 150 meter. Kalu jalan basah memang tahap hardcore punya cabaran. Janji tayar depan belakang mesti offroad. okey nanti wa sms tarikh. jangan lupa jengok-jengok blog ni. wa cauu dulu.

Rabu, 2 Disember 2009

XPDC RIMBA TENGAS ULU GUAR

Salam bro, wa sibuk sikit cuti ni. Kan apa banyak orang kawin lagi banyak la wa sibuk. Bukan nyibuk orang nak kawin tapi wa sibuk nak urus canopy/khemah. Almaklumlah wa cari makan ngan sewa canopy/khemah. Kerja welding pun banyak tertangguh ni.
Okey pasal xpdc akan datang ni belum dapat tarikh lagi. Tekong kita md shuher sibuk pindah rumah minggu ni. Lagipun ada beberapa member pun sibuk tak balik dari cuti kat kg. Awe ezanne sibuk dok ubahsuai suzuki kip jadi cramp. Wa sendiripun tengah sibuk cari sebuah lagi jentera, kali ni wa nak cari honda harycane. Jentera ni kalu dah bikin memang power wa cakap lu. Ada sesapa nak jual atau nampak kat mana ada nak jual hello la wa.
Ulu Rimba Guar ni memang best punya lokasi, dia punya nyentok wa cakap lu boleh ngigau malam jadinya. Cuma nak naik jentera kena tip top, memang tangkap lentok punya, rugi kalu tak ikut.
Setakap ni hampir 8 orang dah setuju nak joint, lagi ramai lagi bagus.
okey wa akan nyatakan tarikh kemudian. Wa nak layan mimpi la pulak. Esok banyak kerja welding, tempahan tak siap lagi. Awal pagi esok wa kena lapor diri kat SMK Tajul Ariffin, wa dah tukar ke sana plak. Lagi besarlah geng kita nanti.....untuk ust. sayuti wa nak ghoyat: walau dimano pun kito berada hubungan tetap serupo. kalu tak sempat hello, leh kleh blog, kalu ada masa leh ngeteh, kalu banyak masa leh gi xpdc/rekreasi. Yelah kawe serupo tu lah.....

Isnin, 16 November 2009

xpdc berjaya


Sorry le korang geng semua, 2 hari baru teman dapat settle blog ni. Tu pasal nak upload gambar je. Belum ngan karenah broadband teman ni. Apapun xpdc hari tu kira memang berjaya le. Ramai yang puas hati dan cadang nak pergi lagi. Okey kita tengok pada bulan Disember ni kita gi lagi.
Kat bawah ni le motor teman yang terbaru punya style, Yamaha SRX 115cc dah jadi motorcrosss yob. Abih juga teman kat seratus nak ubahsuai. Tayar penting woo... kalu nak naik bukit ni. Untuk xpdc kali kita orang 6 buah motor dan sebuah pajero seramai 11 orang meneroka bukit Jeliang untuk memburu ikan tengas..raja segala ikan yobbb.. ayuh kita ikuti xpcd kali ni.
1 km pertama berhenti jap nak tengok power enjin, panas ke dok. Wak wer, Re ngan Along.

Sempat posing dulu, 3 pemburu tengas yang akan mengganassss......tungguuu...

Sampai je kat port perkemahan, Mie dah tunjuk 2 ekor. Aikk macam mana dia dapat ni. Jumpa ikan atas darat ke apa. Dia orang ni naik pajero dah sampai lebih awal. So dah berjaya mendapat habuan lauk tengahari adalah dalam 2 kilo. Kira untuk permulaan tu kira orait la ni.

Ni kira dah bagus, satu permulaan yang baik.

Motor gila ni memang jahat wa cakap lu. Power wooo..

Tapi kena bukit macam ni, kantoi le pulak 2 mamat ni. Kelihatan Re dan Wak Re sedang berusaha keras untuk menolak motorsikal mereka bagi menempuh cabaran untuk mendaki bukit dengan kecuraman 40 darjah.


Nasib lepas juga wooiii.
Ni nama dia pokok tronoh @ daun tronoh atau dipanggil juga daun sang. Terlalu banyak kegunaannya dalam pembinaan rumah@ dangau, tempat makan dsb.

Ni dia tempat perkemahan kitaorang, boleh le menempatkan 13 ke 15 orang.
Time makan tengahari, kena tengas goreng, sambal belacan cicah pucuk ubi rebus, makan kat tepi air terjun sungai pegrhhh... masa ni le rasa tak ada hutang hidup ni wehhh.

Tunduk tak terkata sambil belasah tengas goreng. Belasah jangan tak belasah.
Suasana malam dah menjelang, generator dah pasang dengan 3 biji lampu siap plug lagi menjadikan suasana kawasan terang benderang.Sessi belasah durian sebelah malam pulak selepasa makan nasi. Malik dengan tenaga luar biasanya sedang menunjukkan cara membelasah durian.

Wak Wer sedang bercerita dengan penuh bergaya cara menunggang motorsikal semasa mendaki bukit pagi tadi. Juga cara menolak motor, tu yang siap buat gaya menolak motor tuhhh...ha..ha. Re terpaksa senyum sempoi, faham-faham le tu.

Pisss... gua dah dapat lesen petang tadi naik 2 ekor.

Ni tak habis lagi membelash durian, dari petang tadi lagi belasahnya. Balun yob jangan sampai berasap ikut telinga dah.
Qayyum peserta terkecil yang sanggup merempuh xpdc memburu tengas ni. Faham2 le geng2 mcm ust Sayuti, Roslan, Nizam dan yang lain-lain tu. Takkan tengok gambo ikan je, ada berani kaaaa..
Sessi malam perbincangan strategi oleh cheff Wan bagaimana nak membelasah tengas pada esok hari. Masa ni hujan lebat sungguh. Esok air pasti naik dan keroh, tu yang ikan banyak.
Masing-masing pakat lena dah sejuk hutan campor hujan lebat. Tu tengok kabus sejuk, memang sejuk power wa cakap lu.

Wa pun tak sedang sambil lena wa tertangkap gambar ni, ke sapa yang tangkap, ke wa mengingau sambil tu tangan wa ambil gambar lena wa.....ishhh misteri nihh.
Ni lesen pertama pagi hari kedua. Ni belum gosok gigi lagi ni dah belasah tengas.

Ni lata berangin lubuk tengas power. Duk kat situ memang berangin-rangin. Silap gaya boleh naik hangin jugak jadinya kalu tengas tak naik.
Jam 9 pagi Wak Wer dengan penuh bangga mempamirkan tengas kelimanya. Sambil berlari melompat-lompat mengejar kamera nak mempamerkan ikan.

Air terjun ni memang tangkap lentok kalu mandi kat sini.

Dengan gaya ala-ala montenegro Mie mempamirkan 2 tengas yang dijumpanya dalam ayor. Tak tau le camana dia boleh dapat ikan tuhhh...
Qayyum pun boleh dapat wooo...

Ni hasil tangkapan pagi hari kedua. Masing2 ngaku dia le punya tangkapan yang beso...

Hari kedua jam 4 petang dengan penuh bangganya xpdc berjaya....cauuuu dulu, jumpa lagi xpdc yang lain

Khamis, 12 November 2009

XPDC Berkayak Dari Jawang ke Kuala Kangsar

Apa le Cikgu Razak tu pun tak boleh kayuh, haa..haaa...ha. kena kutuk ngan veteran macam Abg. Zaki. Jangan main-main tu kat tengah arus dalam tuh....
Ni semasa berkayak dari Jawang ke Kuala Kangsar. Awek kat depan tu ramai yang dok usha, tapi sori le yob, kat belakang tu pak sedara dia weh, cikgu Sahak.

Selasa, 10 November 2009

Yang Ni Dulu-Dulu Tu..Ala Masa Cuti Ari Tu...Sori Tak Ajak Ye!

Wooohooo...alamak...terputus le pulak. Bukan senang teman nak dapat beso ni. Eh...Eh bukan putus weh!!! ngan rod pancing teman dibawaknya sekali. Ini le rupa gambo yang teman sempat tunjuk kome...ngetor tangan ni yob....aje dengan mencabo bebeno weh mancing kat sini.

ni pagi esoknya, tu dia lepas sekor-sekor yang berat 2 kg melayang naik bot kita orang
hari dah beransur malam. haa..malam ni karang dia punya tarikkkk.... wa cakap lu mesti powerrrr oooo...kurang-kurang baracuda berat 5 enam kilo wooo...
ni umpan mata apollo, naik le juga saiz 2 ke 3 kilo sekor2 yob
Haaa... masa ni ikan dah nyambo weh..
apapun Kewajiban yang ni kena buat juga, goyang ke, mabuk laut ke apa ke mesti buat....
masa ni laut dah mula gelombang. ada yang dah mula mabuk free. teman udah mula megang tiang... kan apa berjaga-jaga yob.

xpdc pulau sembilan. Masa ni laut kira tenang lagi. Baru 2 jam bergerak dari jeti. Nun kat depan mula nampak salah satu dari 9 kepulauan.

XPDC Yang Lepas

ate aje nempah bahaya, pantang jumpe rakit orang asli kena kebas ngan kitaworang pi randok tasek nak pasang pukat. Mie dok atas rakit keras membatu tak bergerak. Takut tu woiiii..
akhirnya sampai juga kat tepi tasek tu. Tapi tak bleh seberang sungai. kalu teman bawa 4x4 sah teman lompat je sungei tu.
xpdc ke hutan banding. Unser ni cari penyakit merempuh jalan balak (off road) menuju ke sebuah tasik

PAKEJ MEMBURU TENGAS 2 HARI 1 MALAM

Ayuh Geng Rekreasi akan menganjurkan xpdc memburu tengas pad hunjung minggu ni.

Tarikh : Mula Ptg Jumaat (13 Nov) atau Pg Sabtu (14 Nov). Balik Esoknya.
Tempat: Hutan Lata Ulu Jeliang.
Aktiviti:
1.Merempuh Jalan Lasak (off road) Ahli mesti ada motosikal (kapcai pun okey, janji enjin power, tayar bunga off road) atau kereta 4 x4.
2.Berkhemah di tepian sungai yang airnya sejuk berskala di bawah paras suam-suam beku. Kalu tak bawa selimut memang boleh beku sejuknya.
3.Memburu tengas dengan cara mancing, menjala atau pukat hari-hari mau.
4. Kalu ada ilmu nyumpit boleh memburu binatang liar (ala-ala pelanduk atau landak) itu pun kalu terror sangat nak nangkapnya.
5. Meneroka ilmu hutan dengan 'pawang renjer hutan' md shuher, tentang ilmu tumbuhan herba dan jejak binatang.

Syarat2 Nak Joint:
1. Bayaran RM 10 untuk makan, minum, umpan, petrol dsbgnya.
2. Ada motor atau kereta 4x4 sendiri
3. Tahan kena marah bini kalu balik lambat.
4. Bawa sleeping bag, camp bed kalu ada lagi baik, lampu suluh, golok/parang. Khemah tak payah.

SALAM BUAT GENG REKREASI DE KUALE SEMUA

Kini medan komunikasi kita lebih terbuka, boleh sesiapa sahaja joint sama.
Pastikan kita terus mengikuti perkembangan 'geng rekreasi'

INFO GENG GRB.Com