Rabu, 2 Disember 2009

XPDC RIMBA TENGAS ULU GUAR

Salam bro, wa sibuk sikit cuti ni. Kan apa banyak orang kawin lagi banyak la wa sibuk. Bukan nyibuk orang nak kawin tapi wa sibuk nak urus canopy/khemah. Almaklumlah wa cari makan ngan sewa canopy/khemah. Kerja welding pun banyak tertangguh ni.
Okey pasal xpdc akan datang ni belum dapat tarikh lagi. Tekong kita md shuher sibuk pindah rumah minggu ni. Lagipun ada beberapa member pun sibuk tak balik dari cuti kat kg. Awe ezanne sibuk dok ubahsuai suzuki kip jadi cramp. Wa sendiripun tengah sibuk cari sebuah lagi jentera, kali ni wa nak cari honda harycane. Jentera ni kalu dah bikin memang power wa cakap lu. Ada sesapa nak jual atau nampak kat mana ada nak jual hello la wa.
Ulu Rimba Guar ni memang best punya lokasi, dia punya nyentok wa cakap lu boleh ngigau malam jadinya. Cuma nak naik jentera kena tip top, memang tangkap lentok punya, rugi kalu tak ikut.
Setakap ni hampir 8 orang dah setuju nak joint, lagi ramai lagi bagus.
okey wa akan nyatakan tarikh kemudian. Wa nak layan mimpi la pulak. Esok banyak kerja welding, tempahan tak siap lagi. Awal pagi esok wa kena lapor diri kat SMK Tajul Ariffin, wa dah tukar ke sana plak. Lagi besarlah geng kita nanti.....untuk ust. sayuti wa nak ghoyat: walau dimano pun kito berada hubungan tetap serupo. kalu tak sempat hello, leh kleh blog, kalu ada masa leh ngeteh, kalu banyak masa leh gi xpdc/rekreasi. Yelah kawe serupo tu lah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INFO GENG GRB.Com