Isnin, 18 Januari 2010

XPDC KE ULU GUAR BERJAYA

Sabtu lepas akhirnya projek ke ulu guar jadi jugak. Itupun tadak planning, main ad hoc aje. Sempat jugak wa bikin ekzos SRX gua jadi lebih pick up dgn bunyi yag boleh ngelegak taik telinga. Geng yang pergi Re, Wak Wer, Awe, Along, Abro dan Man Shifuu. Semua geng kapcai je. We all naik jam 5 .15 petang. Bawah ni pemandangan dari sebahagian puncak. Kat bawah tu sebahagian perkampungan Kg. Guar


Along ngan Abror senyum berjaya melepasi halangan bukit kedua. Kebetulan cuaca panas dan jalan tahap okey la.

Awe dengan gaya happy gaban penuh bangganya meninggalkan jentera KIP kat bawah sana kerana kerosakan. Nasib baik jentera RG Wak Wer mampu menanggung beban diaorang.

Re masing boleh tersenyum dengan jentera Kriss 1 rim 18 tanpa tayar off road. (ni kes wak ranjau dia la tuhhh..., kata nak gi Ulu Jeliang je)
Man shifuu dengan kapcai EX5 Dream memang selamba menerjah laluan.

Ni suasana makan malam, malam ni sekoq tengas pun tak sempat nak pancing. Badan dah letih dah tu jam 9 mlm terasa sejuk dah mula terasa.
Ni nak masak ke nak membelasah nihhh...


Awe ala sempoi membuat persiapan makan malam.

Re mencuba resepi baru.
Cheff malam ni Wak Wer dengan tomyam bawang je... janji perut ada masyuk...

Suasana amalam sambil menanti makanan siap di masak. 3 orang tu begitu tekun mendengar Man Shifuu membentangkan sejarah pengalaman 3 tahun menghuni Rimba Ulu Guar suatu ketika dulu.


Kali ni kita orang tidur pakai khemah aje, janji mata boleh lelap.


Jam 11 mlm sejuk dah mula menyelimuti, memang terasa wooo dia punya syokkk.

Esok pagi wa, wak ngan shifuu menjelajah lubuk tengas. Sambil mancing kira orang menjala. Kali ni shifuu bawa ke lubuk yang jarang diterjah oleh kaum. Tu tengok sekali jala je tempat cetek tu.

Wa pun tak menang tangan sambil tangan kiri 'ngelenter' umpan tepung tangan kanan 'nyentok'


Tu dia sebahagian dari lambakan ari tu.
Tgh tu pulak shifuu sempat membelasah pokok kabung@ umbut bayas buat jamuan tengahari.

Ni dia umbut bayas yang siap dah di rebus. Dia punya rasa wa cakap lu peeggrrhh, lu oalang tengok sendili menu kita olang ali tu. Ciakap pun talak guna ooo...
Budu yang macam 'umpan tapa' kata awe. Nila penyedap...

Ni la sebahagian daripad tengas goreng. Kena ngan nasik panas cicah umbut bayas ngan budu @ umpan tapa peergghhh, jelabak perut dibuatnya.

Tengok masa time membelasah, tak ingat apa dah. Nak cari nasi terpaksa kuak ke tepi lauk tengas dulu, tu yang ase ujung minggu je ati mula tak tenteram je. Bak kata Re, asal hari Rabu badan rasa sakit-sakit je. Bila dah masuk hutan hari Isnin segar badan. Kalu tak pergi sakit berminggu-minggu le jawabnya.


Masa balik Re terlibat dalam kemalangan terpelanting dari motor ketika menuruni curam yang licin.

Ni askar German sempat berhenti melihat Awe membelasah motornya yang rosak

At last wak wer juga yang jadi mangsa menarik KIP di dengan tolakan along dan re.

Kalu wa motor macam ni dah lama jadi tukun kat ponton Malik. Dapat gak udang besor. Dey... timbang kati berapa mau jual..............

Alhamdulillah.....XPDC dah tamat.



Ni kira dah selesai xpdc. Re dah terduduk letih menolak motor awe, tu bodek la tuhh...saje peluk wa harap nak nolak motor dia kang...cisssss.
ok adiosss....jumpa lagi xpdc akan datang. Dengor cerita ada second trip...jadikkkk



































Jumaat, 15 Januari 2010

MEMANG HANGIN JADINYA MACAM NI....viagra?

Tajuk entry tu lu orang bole baca dan bole faham tak??? Yelah memang wa hangin punya.... Minggu lepas wa ngan geng dah rintis jalan, kasi trek lancar siap chansaw batang balak.
Lepas prepair nak naik ujung bulan ni. Aleh-aleh ada group nak naik petang ni lepas semayang Jumaat. Wa memang bole naik petang ni, tapi kena balik petang karang jugak sebab esok gua sekolah hari merentas desa. Takkan nak balik esok pagi, 7.20 wa mesti dah ada kat sekolah. Kalu hari ujan lagi parah nak turun bukit. Last2 tak jadi jugak le wa nak naik ulu guar.
Oiii...wa pesan kat lu sume itu tengas lu jangan kasi habis tau...taruh lah kita orang yang akan naik pada 30 nanti sok.. Gua pun nak juga belasah tengas ni, tambah le pulak info baru wa dapat rahsia ikan tengas ni. menurut ceritanya spesis tengas ni merupakan rahsia kepada orang asli untuk mendapat tenaga kejantanannya. Semacam ada viagra lah khasiat ikan ni. Patut le dinamakan raja ikan sungai. Kalu makan kita rasa macam ada tenaga yang mantop dan budak kecik juga mantopppp...sekian.... ingat lu orang jangan belasah habis taruh geng wa nanti.
Sebentar tadi wak wer dah rancang (sekadar nak rawat hati yang walang) petang esok Sabtu jam 1.30 ptg akan naik lata berangin. Jadikkk... call malam ni.

Isnin, 11 Januari 2010

XPDC RINTIS RIMBA ULU GUAR

Ni la Honda TZR 400cc ditungga oleh Din. Banding ngan SRX wa sebelah tu bagai burung kelicap ngan burung kasawari. Apa pun lu orang boleh sampai wa pun sampai jugak. Ada ketikanya macam kat trek denai kapcai cross macam guaorang la kongker. Apa...haaa luorang jangan panas telinga gua, nanti terjojol KLX sebulan dua ni baru tau. Wa dengar ada tiga 4 orang nak terjah KLX. Wa cakap lu.... kalu lu orang terjah wa pun terjah juga wooo...

Antara tinggalan 'purba' yang terdapat di kawasan tersebut.







Masa wa nunggu geng lain yang belum naik tu, sempat diorang ajak gi tengok batu mesjid yang jadi icon nama tempat tu. Batu ni bentuk kubah mesjid dengan ketinggian 60 kaki lebih bersaiz padang tennis. Ada cerita purba disebalik nama tersebut. Nanti wa akan cerita akan datang.



laluan yang terpaksa ditempoh. Pokok tumbang dan tanah rebak biasa la sume ni. Shifu baru aje membelasah pokok tumbang ngan chainsaw.




Deruman lubuk tengas paling mendebarkan kaki nyentok. Sangat jarang dan udah lama bebeno tak ditemui orang, ishhh...ate bila lagi luworang nak nyentok nih...





Ni lah antara lubuk tengas yang menjadi dendam pemburu tengas. Masa kita orang sampai ari tu, hoo..yooo...wa cakap lu nala-nala dia punya saiz kelibat dalam ayo tu. Tapi apa kan daya 'seponet' haram sapa pun idak ada bawa mata pancing.

Hisyam sedang ambil nafas selepas melepasi bukit mesjid. Jentera 25cc pun kantoi tergolek dengan bukit mesjid.





Jan dgn jentera KIP 150cc pun kantoi 3 kali ngan bukit ni. Terpaksa ditolak. Tu kalu naik. Masa nak turun pulak mintak jangan le ari hujan, kalu hujan haaa..makan tanah tergolek mau jadinya.





Abang Wahab aje yang selamat dengan gaya sempoi melepasi Bukit Mesjid




Inilah cabaran paling getir dengan kecuraman 45 darjah sejauh 150 meter, dgn laluan bertanah liat (paling bahaya kalu jalan basah) kat sini jentera kecik ke beso ke belum tentu selamat. Nama tempat ni Bukit Mesjid atau Bukit Batu Mesjid. Wa sendiri tercungap minta nyawa wo...tolak moto separuh jalan.




7 buah jentera dalam cubaan meredah rimba ulu guar. Dari kiri abang Wahab dengan Kawasaki KIP 150cc ubahsuai scembler, Jo Pomen (Pesara Tentera) dgn Honda Herrycane ubahsuai, Jan dgn Kawasaki KIP150cc ubahsuai, Hisyam dgn TSR 250cc, Man Shifu dgn Honda EX5 110cc, Wa dgn Yamaha SRX 115cc ubahsuai dan Din dgn TXR 400cc. Dalam cuaca sederhana lembab jentera berjaya juga sampai ke deswtinasi.



Cubaan riki laluan ke rimba ulu guar telah dilakukan jam 12.00tgh 10/01/2010 Ahad semalam. Setelah cubaan pertama gagal pada bulan lepas, dengan 7 kenderaan motorsikal jenis cubcross dan scrembler berkuasa tinggi (Kawasaki 400cc) membelah kesunyian hutan menuju tapak kem site yang dicari.



Setelah mengharung cabaran getir selama 1jam 40 minit akhirnya wa ngan geng sampai menemui tapak kem yang akan dituju pada hujung bulan ni nanti.


Bila sampai wa dah le sarapan kuih aje, terasa perut kebulur. Bila tengok air je subhanallah...ikan tengas wa cakap lu punya le banyak saiz nala-nala A wa cakap lu. Wa nak bagi tau skali lagi ngan lu orang aaa...ikan tengas memang banyak dan saiz A punya. Tapi paling hangin rasanya dah apa benda makan pun tak bawa, sorang pun tadak bawa mata pancing. Dapat nengok aje ikan aje le.Niat tu memang nak riki aje ...hah...riki aje le yang dapatnya. Tempat tu memang agak lama tak dikunjungi orang, lagipun agak jauh dan tinggi cabarannya. Pakai motor tu kira tahan le nak pegi, kalu jalan kaki mau 3 jam lebih baru sampai.
So sifu kata hujung bulan ni xpdc memburu tengas kita akan dijalankan. Paling tidak mesti ada moto cub dgn tayar cross. Cabaran 2 kali ganda ulu jeliang. Ok prepair la jentera lu orang kalu nak joint. Cabaran trek memang syok giler punya, tempat kem site memang sejuk punya.



Ok lu orang tengok le rakaman wa ni.







































Rabu, 6 Januari 2010

XPDC Memburu Tengas Ke2 3 Minggu Lepas

Sori la bro semua, dah lama wa tak sempat nak update blog ni, bcoz wa cuti habis-habisan punya kali ni. Sempat la wa redah gua kelam dan shopping kat Padang Besau, pastu belasah Kota Baru Klate. Ok, tapi sebelum tu semapat juga kita orang meredah lagi sekali lata berangin, kan apa gian dengan henjutan tengas lubuk batang balak kat lata anak air ari tu. Apa pun ngkorang tengok le sendiri xpdc 4 minggu lalu. Ni motor geng baru kita, Jo pomen basikal kg. wa. Asal motor ni harrycane aje, tapi dengan sentuhan kreatif dari Nasir Tukang jadi le mini scrembler. Boleh tahan juga dia punya power.

Rehat sat kat hutan.
Wa ngan gaya santai habis.

Dah kenyang membaham nasik ngan tomyam ikan tengas, Re terlentang bagaikan pacat kenyang.

Suasana malam sambil membelasah makan malam bincang srtategi esok nak nyentok tengas beso.

Sicilik kecil Qoyyum tak terlepas peluang kali ni, mesti joint punya.....

Ha..ha...ha...jentera kesayangan Zamri akhirnya sampai juga hutan ulu jeliang, tapi laluan bukan mencabar baginya.

Salah satu jentera lagi kepunyaan Abang @Wahab. Asalnya Kawasaki KIP. Dia pun kreatif juga mengubahsuai motorsikal.
Asik sangat Chef wan kita main ayo. Sejuk tu eh...dan pulak ngempang.

Zamri sedang khusyuk menunjuk bakat berceramah 'strategi pemanduan 4 x4 yang santai dan selamat.
Belasah makan malam.


Suasana subuh pagi kat tapak kem

Time ngadap macam ni kat nampak apa dah, janji ikan tengas goreng mesti kena baham dulu.

Wak wer dengan resepi rahsia tomyam tengas. belasah wak...apo kiro janji wes mangan was entek.

Tu dia tomyam tengas wak. Wa cakap lu rasa dia memamg kawwww punya, kalah kat kedai tu. Tapi dia janji nak belasah tomyam itek pulak kat ulu guar nanti. Insya Alah gua bawa itik nanti.


Masing2 tunduk tak pandang sesapa dah, balunnnn.....

Ketenangan lubuk tengas...isyyy tu yang tak tahan nengok ayor dia ....


Mentari di puncak pepohon.... damai dan tenteramnya jiwa. Rasa tak ada hutang hidup ni....
Deruman jeram yang mengasyikkan, pastinya tengas menggamit menjadikan mata tak lelap tidur.
Wak Wer dengan gaya ala manje posing dengan anak ikan bilis spesis tengas. Kat belakang tu jeram tengas ngempas telor. Jaga wak kok jangan terhempas telornya jugak...
Ni kira xpdc dah selesai. Zamri punya posing begitu teruja dengan cabaran 4x4 suzuki jimmy. Tapi masih tahap selamba gaban, belum teruji dengan challange trek sebenornya. Takpe ulu guar sedia menanti. Ok jumpa lagi ....

















INFO GENG GRB.Com